Asalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, dah lama tak menulis, hari ini ada sedikit waktu dan kesempatan nak berkongsi serba sedikit perjalanan kehidupan disepanjang tahun 2024 nie. Hari ini aku mula bercuti selama seminggu sehingga 4/9/2024) ini. Alhamdulillah, permohonan cuti diluluskan..
Minggu lepas aku dapat 4 project untuk design website. Ikutkan dengan waktu kerja sampai ke petang (kerja hakiki), sukar nak berikan komitmen untuk project nie (waktu malam dah penat, idea pun dah tak berapa nak fresh), adapun hari minggu (ahad).. Jadi aku ambil keputusan untuk apply cuti (tanpa gaji) selama seminggu..
Rugi jika tolak project nie, satu sebab duit lah kan, yang kedua peluang untuk tambah portfolio sedia ada lah. Dah lama aku tak ambil project dari client sebab fokus dengan project sendiri.. Oh ya, sebelum nie aku ada kongsi berkenaan project SAAS web builder dan kadnikah online kan.. SAAS web builder hampir 90% dah siap dan untuk project kadnikah online pula, aku dah batalkan sebab domain orang lain dah grab dulu..haha..
Ada lebih daripada 10 project sendiri yang masih pending. Bagi bulan nie, aku berjaya release project mengaji,my (baca quran online), untuk hadith dan zikir / doa.. sedang diusahahan (project dah jalan lebih 50%). Aku share dah siap lah ya, taknak kongsi yang belum siap..Untuk project niche hartanah pula, aku berjaya release version baharu untuk hartanah.link (whatsapp url shortener).
Baiklah, insyaAllah kita berjumpa lagi di kesempatan yang lain ya.
***Masa nie aku tengah mendengar lagu dari Fransisca Peter (Akulah Kekasihmu), lagu favorite sepanjang masa..feeling dengar lagu nie memang lain umpama menarik hati dan perasaan ke suatu tempat dan masa yang lain (boleh kata masa lalu)..
Khairul Azahar Bin Sharriffuddin
Kampung Sungai Buaya, Rawang
28 Ogos 2024 11:24 Minit Pagi