Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 62 : Akan Berakhir..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, maghrib tadi sakit kepala aku dah semakin surut (migrain).. Hari ini memang out lah. Tengah hari tadi, aku dah dapat rasa lain macam (dapat rasa aura migrain tue dah nak sampai). Aku ambil keputusan yang tepat untuk balik rumah tadi (kalau tak habislah aku, mesti aku tak boleh nak drive balik)..

Untuk pengetahuan umum, sebelum seseorang itu terkena serangan migrain, selalunya pesakit akan dapat rasa aura migrain tue terlebih dahulu. Fikiran akan mula bercelaru (tak boleh beri tumpuan), sukar untuk berkata-kata dengan lancar, tangan akan mula mengiggil, rasa kebas di bibir, rasa ketegangan di urat mata, leher dan bahu, dan pandangan akan mula menjadi kabur..

Aku singgah kat klinik tadi (aku ingat nak ambil ubat jer), lepas tue aku fikir-fikir balik, kena minta MC sekali (half-day) lah. Kejadian nie mengingatkan aku akan situasi yang sama, yang pernah terjadi pada tahun lepas (aku ingat lagi hari kejadian tue dengan sangat mendalam)..

10 November 2018 (hari sabtu dan aku balik half-day juga).. Masa itu, aku bawa kereta dengan tangan menggigil..(Alhamdulillah sampai kat rumah juga).. Muntah-muntah dan badan sangat lemah, aku tidur sampai esok malam (ahad)..

Kejadian itu mengubah segalanya (dan kesannya sehingga ke hari ini). Aku taknak cerita lah (perkara dah jadi sejarah).. Orang takkan faham diri aku.. Sakit nie umpama dah jadi sebahagian daripada hidup aku..

Aku pernah katakan kepada rakan-rakan aku, “bilamana sesuatu hari yang aku lalui tanpa sakit, aku sangat bersyukur. Rasa syukur itu aku terjemahkan dengan senyuman dan kegembiraan”. Aku tahu, bila aku sakit, semua itu akan hilang.. hilang daripada diri aku..

Program geng Steady

Okay, InsyaAllah program esok akan baik-baik sahaja. Sekarang nie tengah rancak berborak kat WhatsApp tentang program esok.. Masing-masing tengah deal.. Bayangkan ye, geng kitaorang nie takde ketua yang uruskan.. tetapi semua boleh mengatur perjalanan program sehingga berjaya.. nak tau kenapa ? Nak cerita panjanglah (sebab berkaitan ilmu psychology)..

Kitaorang ada satu group WhatsApp untuk pekerja dan bekas pekerja Dimal (lelaki sahaja).. Nak tau tak sejarah Group nie ? . Haha.. :-). Lawak weih.. Aku cerita ye, dulu ada seorang Maintenance Executive (Faizal).. Masa tue ramai pula yang anti dengan dia (aku pun tak pastilah sebab apa sebenarnya, sebab aku dengan dia okay).. Tapi aku rasa mungkin sebab dia selalu cakap besar lah kot.. (dia Executive lah.. gaji besar lah.).. lebih kurang macam itulah.. 🙂

Acap nie pula (pekerja plant) create satu group WhatsApp (anti-gemuk, sebab Faizal berbadan besar).. Semua dia invite masuk dalam group (kecuali Faizal).. Ramai juga pakat-pakat kutuk dia dalam group tue (aku langsung tak ambik port)..

Lama juga, tetapi akhirnya kantoi juga.. Faizal tahu kewujudan group tue.. Acap dah nak kena bantai dengan Faizal masa tue.. Tapi semua okaylah.. dah settle pun.. Masing-masing dah minta maaf.. 🙂

Lepas tue kitaorang tukar nama group jadi AG (anti-gemuk).. Tak lama lepas tue, aku tukar nama group tue jadi “Dimal Minda Jutawan” dan nama itu kekal sampai sekarang..

Tapi Faizal nie memang pandai.. (aku respect dengan knowledge yang dia ada). Dia nie juga seorang yang penyayang. Aku ingat lagi, masa aku kena migrain (masa kat control room).. Dia suruh aku tidur (rehat), biar dia yang jalankan production. Beberapa kali aku perasan, bila aku tundukkan kepala bawah meja (nak ambil barang yang jatuh), dia akan letakkan tangan dia atas kepala aku (takut terhantuk dengan meja)… Nampak tak ? perkara kecil jer yang kita lakukan dalam hidup kita, boleh tinggalkan impak yang besar dalam hidup orang lain.. 🙂

Freelance

Okay, insyaAllah esok aku akan reveal domain website aku ye. Asyik cerita develop web, tapi web nya mana ? Haha.. esok aku kasi tau ye.. InsyaAllah.. Aku nak tulis diari special untuk perkara-perkara macam nie.. Yelah berbulan-bulan aku bertungkus lumus, aku nak ceritalah pengalaman-pengalaman yang pernah aku lalui sepanjang masa itu..

Esok atau lusa (aku akan start develop new website).. Pada kali ini aku nak develop web berasaskan carian pekerjaan (lebih kurang jobstreet, indeed).. Web seperti ini (aku rasa tak mengambil masa yang lama, lebih kurang sebulan).. InsyaAllah, Aku nak mengoperasikan dua website (hartanah dan pekerjaan) untuk tahun ini..

InsyaAllah, esok atau lusa aku akan update..Esok aku nak pergi berkelah (mungkin sampai tengah-hari atau petang).. balik mesti dah letih.. 🙂 . Tapi hari isnin aku cuti.. Yehhh 🙂 .. Orang tanya pergi mana ? Aku cakap pergi bertunang sekali dengan Abang Shokeri jadi peneman.. Hahaha :-)..

Mungkin

Abang Shokeri ada anak sedara yang nak diperkenalkan dengan diri aku, aku tak pernah tengok muka lagi (tapi Abang Shokeri dah kasi nombor telefon)..

Abang Shokeri cakap dengan aku “aku dah kasi kat kau, kau taknak”.. Lepas itu aku jawablah, “bukan saya taknak bang, saya nie kawan baik dengan Abang, saya takut nanti saya hampakan Abang, saya tak boleh nak jaga dia”.

Tapi beberapa hari yang lepas, aku ada kasi tau Abang Shokeri, “bang lepas hari raya nanti saya akan kasi keputusan dekat Abang”. Jika benar-benar semua yang aku lakukan ini berjaya.. Aku akan mengakhiri segalanya pada tahun ini juga.. 🙂

https://www.instagram.com/p/BuyvqNFnwi6/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Khairul Azahar Sharriffuddin
9 March 2019 11:48 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 61 : Bad Boy
Next Post Diari 63 : My First Baby