Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 132 : Atok Berlari

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari ini, aku balik kerja lewat sedikit (overtime sampai pukul 9 malam). Semalam, lepas balik daripada kerja, aku memang dah planning nak menulis satu diari, tajuknya “Atok berlari”… Haha.. 🙂 . Tapi disebabkan dah terlalu lewat sangat (12 malam), fikiran aku masa itu pun dah tak berapa nak steady 🙂 (semalam pun overtime sampai pukul 10 malam)…

Siapa atok berlari tue sebenarnya ? Haha.. ceritanya begini, semalam aku ada berbual dengan Abang Shokeri, aku katakan kepadanya, sekiranya berminat untuk menulis, aku boleh buatkan Abang Shokeri satu blog dan menamakannya sebagai blog AtokBerlari.Com Hahahaha… 🙂 . Mesti akan jadi viral nanti… Hahaa…

Hari ini, Atok shokeri tak boleh nak berlari sebab kaki sakit (overtime sekejap je). Ye lah, umur dah berusia (sama umur dengan ayah aku). Abang Shokeri nie memang jenis yang steady lah, walaupun dah level atok-atok, tapi dia boleh layan semua orang macam member-member dia jer (daripada budak kecil sampailah besar).. Haha.. Aku suka kacau Abang Shokeri, terutama time dia tengah marah, aku akan tambah kasi lagi hot.. Hahaha… 😉

Aku juga ada katakan kepada Rao, sekiranya berminat untuk menulis diari perjalanan hidup dia (terutama kisah anak dia) dari awal sehinggalah ke hari ini. Sekurang-kurangnya dia boleh kongsikan pengetahuan dan pengalaman yang dia ada kepada orang lain. Aku berikan tajuk pertama diari dia, “Bermulanya Disini..”

Yang Kekal Tersimpan

Boleh dikatakan semenjak daripada kecil lagi, aku suka mendengar kisah dan pengalaman setiap orang. Aku tiada masalah sekiranya mendengar orang bercerita mengenai kisah pengalaman hidup mereka daripada waktu malam sampailah ke waktu pagi, (itu time aku merokok lah). Sekarang nie, aku tak pastilah.. Haha…

Pengalaman adalah sesuatu yang sangat berharga (bagi aku lah). Setiap apa yang pernah aku lihat, rasa, dan dengar itu (takkan hilang dan pergi begitu sahaja daripada diri aku). Aku akan simpan semuanya dalam perasaan hati aku. Sebagaimana yang aku katakan, aku takkan pernah lupa sesiapapun yang pernah berinteraksi dengan diriku (sama ada dari gerakkan bibirnya, badannya ataupun lontaran kata-katanya, semuanya akan aku ingat), tetapi orang-orang inilah pada suatu hari nanti akan melupakan aku…

Khairul Azahar Sharriffuddin
15 Ogos 2019 11:43 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 131 : Kau Semakin Dewasa
Next Post Diari 133 : Cabaran Dua Hari…