Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 223 : Berakhir Sudah

Berakhir sudah perjalanan Lee Kwang Soo di dalam rancangan Variety Show Running Man Semalam. Episod Running Man 559 menjadi episod terakhir kwangsoo bersama dengan rakan-rakan yang lain. Serius menitis air mata aku menonton episod terakhir ini.. Kenangan yang sangat lama. Bayangkan hampir 10 tahun aku menonton rancangan ini pada setiap minggu. Aku menjadikan rancangan ini sebagai penemanku pada setiap malam isnin…

Rancangan ini dah takkan sama lagi selepas ketiadaan kwang soo. Dia nie ibarat “main character” selain Yoo Jae Suk yang berperanan untuk menggerakkan rancangan pada setiap minggu. Adakala ahli-ahli yang lain agak “flat” pada minggu-minggu tertentu.. Bila jadi macam ini, Kwang Soo dan Yoo Jae Suk lah yang selalunya akan memeriahkan suasana..

Walau bagaimanpun aku akan tetap terus support siri-siri running man selepas ketiadaan kwang soo. Namapun lelakiberlari kan ? Haha… Aku berharap, suatu hari nanti kwang soo akan kembali ! Aku akan tetap nantikan…

Khairul Azahar Sharriffuddin
14 Jun 2021 11:10 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 222 : Sudut Pandang Baharu
Previous Post Diari 222 : Sudut Pandang Baharu
Diari 224 : Telah Di Vaksin
Next Post Diari 224 : Telah Di Vaksin