Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 92 : Berakhirnya Sebuah Mimpi..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Pagi tadi, aku keluar awal sedikit untuk pergi ke tempat kerja (beli nasi lemak). Sebagaimana yang aku ceritakan sebelum ini, seandainya aku tidak mencapai berat 70 kg pada tarikh 3/5/2019, aku akan belanja nasi lemak satu kilang selama sebulan (hari ini aku kena tunaikan janji itu). Haha..??

Keluar jer dari rumah pagi tadi, aku singgah terlebih dahulu di kedai nasi lemak berdekatan dengan Kampung Koskan (tapi dah habis). Aku sempat lah deal dengan makcik yang jual tue (order nasi lemak untuk esok dan hari sabtu), aku dah siap bayar, esok pagi tinggal ambil jer. Kemudian, aku cari lagi kedai nasi lemak sambil memandu kereta, alhamdulillah jumpa berdekatan dengan Sekolah Menengah Sungai Choh..

Untuk bulan puasa nie, aku stop sekejap lah (sambung semula selepas hari raya nanti). Dengan Rao pun aku kalah (aku kena belanja dia 3 karton rokok) . Koyak weih aku bulan nie.. Haha.. ?? . Tapi apa-apa pun, janji perlu ditunaikan. Ini kerana sifat janji itu terikat dengan sifat kepercayaan (trust). Bagiku, kepercayaan adalah perkara paling penting sekali dalam kehidupan manusia, kerana manusia itu hidup dengan apa yang dia percaya…

Tahu tak berapa berat badan aku sekarang nie ? 58 kg (berat yang terendah untuk tahun ini). Pada awal bulan 3 hari tue, berat badan aku bermain sekitar 64 kg dan aku yakin untuk mencapai berat ideal (70 kg) pada bulan 5. Tapi nak buat macam mana, ada perkara yang tak diduga terjadi dalam hidupku. Nak pulih semula perlu mengambil masa. Bukan jasad jer yang terkesan, tetapi perasaan aku… dan aku tahu, aku dah tak seperti dahulu lagi (orang yang sentiasa ceria dengan kehidupannya) dan kini, aku dah takkan percayakan kepada sesiapa lagi… takkan..

Yang Terakhir..

Pernah baca tak diari aku sebelum ini tentang mimpi ? Boleh baca disini : Diari 40 : Mimpi ,bagi sesiapa yang belum pernah membacanya. Nak tahu tak apa kesudahan kisah mimpi ini ?. Alhamdulillah, kedua-dua orang perempuan ini dah tak wujud lagi dalam hidupku, dan aku berharap aku dah takkan berjumpa lagi dengan mereka berdua ini untuk selama-lamanya..

Kedua-duanya ada kisah tersendiri. Aku berjanji, ini adalah diari terakhir aku menulis mengenai kisah mereka berdua (dan yang selain daripadanya). Kisah mimpi ini masih belum berakhir lagi, ada cerita di dalam mimpi tersebut yang masih aku sembunyikan .Boleh baca Diari ini : Diari 80 : Apa yang terjadi 18 tahun yang lepas ? (sambungan dari kisah mimpi yang pertama)

Takdirlah yang akan menentukannya (masa) dan pastinya masa itu akan tiba jua suatu saat nanti, kerana apa yang kulihat pada malam hari itu, salah seorang daripada keduanya akan berakhir kehidupannya dengan tragedi..

https://www.instagram.com/p/BwpGBnkHTCk/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Khairul Azahar Sharriffuddin
2 Mei 2019 9:05 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Protected: Diari 91 : Untuk Wawa
Next Post Diari 93 : Perjalanan Yang Sunyi..