Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 118 : Berdua

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Petang semalam (selasa), kepala aku rasa sakit sangat masa kat tempat kerja (migrain). Hanafi katakan kepadaku, “kepala kau sakit ye khai ?”. Aku tanya dia, “Macam mana kau boleh tahu ?” Dia jawab, “Kalau kau sakit kepala, urat tangan dan kepala kau akan keluar semua”..Haha.. Dah pandai kau observe orang sekarang nie ye apy, terkejut juga aku semalam. 🙂

Macam biasalah, tangan aku akan mula menggigil dan fikiran aku dah tak boleh nak memberikan tumpuan dengan apa yang aku lihat. Balik jer kerja semalam, aku terus rehat di tempat tidur. Aku tersedar daripada tidurku sekitar jam 1:05 minit pagi. Sekarang nie pun, kepala aku masih lagi terasa panas dan juga sebahagian daripada tubuhku. Tapi takpelah, aku dah planning untuk jumpa pakar dalam masa tedekat ini. Tunggu masa yang sesuai jer..

Pertemuan Yang Pertama

Alhamdulillah, 14 July 2019 (Ahad), aku bertemu dengan wawa buat pertama kalinya. Ini adalah kali pertama aku dating dengan perempuan di dalam seumur hidupku. Takut jangan cakaplah.. Haha.. Pagi-pagi adik-adik perempuanku dah menyiapkan kan abangnya nie.. 🙂

Adik aku yang tentukan pakai baju apa, seluar apa.. hehe.. Masa nak keluar rumah, Beela tanya aku, “tengok kuku”. Aku tunjuk kuku aku nie, “ishh.. potong kuku tue, ambik nie (pengetip kuku)”.. Bila dah lulus spot check, baru boleh keluar daripada rumah.. Haha.. 🙂

Aku bertemu dengan Wawa di Exit PLUS Sg.Buaya (Hentian), dia datang daripada Shah Alam. Hari itu adalah harinya, nak ataupun tak, aku kena jumpa juga… Alhamdulillah, hati aku kuat hari itu, aku tak pernah pergi sejauh itu lagi untuk bercinta.. Ishh.. 😉 .

First time jumpa, mesti kita akan lihat appearance (penampilan) seseorang terlebih dahulu kan, kemudian barulah datangnya yang lain-lain (terutama sikap lah). Wawa nie jenis chubby-chubby sikit dan tingginya lebih kurang paras dada aku. Itu memang taste aku lah.. 😉 (bagi sesiapa yang pernah baca diari-diari aku sebelum ini).

Aku bawa dia naik kereta, dalam fikiran aku masa itu, memang tak tahu nak bawa dia pergi ke mana. Niat aku memang nak berbual dengan dia jer (nak tahu lebih mengenai dirinya). Kalau bawa pergi shopping ataupun tengok wayang, memang tak sesuai lah kan.. 🙂 . Jadinya, aku bawa dia ke tempat favorite aku lah, iaitu Empangan Hulu Selangor… 😉

Aku bawa dia pergi makan sarapan pagi terlebih dahulu di Antara Gapi, kemudian selepas selesai, barulah aku pergi ke Empangan Hulu Selangor bersama dengannya. Lama juga aku berbual dengannya disana (sehingga azan zohor). Aku bawa dia pergi makan tengah hari terlebih dahulu, sebelum membawanya pulang (hujan pula masa itu).. 😉 .InsyaAllah, Jika dia memang dah ditakdirkan untuk aku, pastinya dia akan sampai kepadaku jua akhirnya.

Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita, tapi kepala aku masih sakit lagi. (sukar untuk berfikir). Ini pun, banyak cerita yang aku dah skip. Ada lagi sub-story yang aku nak kongsikan. Tau tak, kisah mimpi yang aku ceritakan di dalam diari-diari aku sebelum nie, masih lagi bersambung sebenarnya..(malam semalam aku bermimpi). Takpelah, nanti itu aku ceritakan. Tapi, apa yang aku tahu, ada benda yang dia tertinggal sebenarnya…

Apa-apa pun, aku dah tak sabar dah nak habiskan masa-masa terakhirku di tempat kerja sekarang nie. Semalam aku dah berbincang dengan members dan hari terakhir untuk aku bekerja disana adalah 30 October 2019 dan aku dah tak sabar sebenarnya untuk sampai ke hari itu… InsyaAllah 😉

Khairul Azahar Sharriffuddin
17 July 2019 2:56 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Previous Post Diari 117 : Psychopath
Next Post Diari 119 : Yang Takkan Hilang Lagi..