Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 58 : Bermulanya Di Tahun Ini..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari Jumaat kebiasaannya aku akan terkena serangan migrain (sakit kepala yang teramat sangat).. Aku singgah kat klinik tadi (ambil ubat).. Aku cakap kat kaunter, “saya nak pain killer paling kuat sekali”.. Haha. 🙂 . Boleh lah (dalam masa dua jam juga untuk surut sakit kepalanya).. Aku memang takkan makan pain killer melainkan keadaan dah terpaksa (sakit sangat)..

Hari ini aku bekerja di Control Room, aku rasa bahagia sangat (dah lama aku tak rasa seronok dengan kerja).. Jika dahulu, aku rasa tertekan bila berada di dalam Control Room (malam tak boleh nak tidur,resah dan gelisah)..

Mungkin juga diketika itu, aku tak tahu apa itu chemical reaction, flowbility, bonding, installation method, working time, setting time, grain distribution, chemical content (semua nie aku tak tahu dulu)..

Alhamdulillah, dengan pengalaman yang aku ada kat Lab sekarang ini, aku dah tau apa sebenarnya yang boleh aku lakukan dan sejauh mana juga aku boleh biarkan sesuatu perkara itu daripada terjadi (production), InsyaAllah.

Program Geng Steady

Alhamdulillah, rancangan program geng steady untuk bulan 3/2019 (BBQ Di Sungai Pinang) berjalan dengan lancar.. Sekarang kitaorang sedang mengumpulkan ahli-ahli yang nak join program tersebut (termasuk bekas pekerja & juga rakan masing-masing)..

Dahulu kitaorang dah pernah buat (tapi tak ramai yang join), ada juga dalam 6-7 orang..Masa itu pun pekerja tak ramai lagi.. InsyaAllah program dah diatur, dan moga-moga semuanya berjalan dengan lancar..

Freelance

Okay untuk minggu ini, aku akan install plugin terakhir ke dalam web (esok ataupun lusa).. Kira dah hampir complete lah, dah boleh test-drive.. Jika semuanya berfungsi sebagaimana yang aku harapkan, aku akan mulakan kerja-kerja untuk menulis documention, tutorial, Faq, Privacy dan juga Term and condition pula (perkara yang melibatkan undang-undang penggunaan)..

Kemudian aku perlu alih bahasa beberapa section (dari english-malay) termasuklah notifikasi email kepada pelanggan.. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja :-). Aku dah tak sabar nak complete kan kerja aku (sebab aku dah tak sabar nak kahwin sebenarnya).. Haha.. 🙂

Aku ada dua projek besar yang perlu aku siapkan untuk tahun ini.. Lepas itu aku dah boleh fikirkan mengenai hal rumahtangga. InsyaAllah, masa akan menentukan segalanya.. Aku tak sabar nak tunggu sampai akhir tahun ini.. Bagiku, ini adalah tahun yang terbaik. Tahun untuk diriku mencapai segala impianku.. InsyaAllah.. :-).

Ya Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang, Bantulah Aku.. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
1 March 2019 9:22 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 57 : Hanya sekali..
Next Post Diari 59 : Untuk Aishah