Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 90 : Cerita Yang Singkat..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari ini, aku tak berapa sihat (migrain). Dalam seminggu nie, dah kerap sangat aku terkena serangan migrain di waktu malam (bermula pada waktu petang). Boleh dikatakan jarang-jarang sangat aku akan sakit kepala pada waktu malam (puas aku cari sebabnya, kenapa perkara ini terjadi)..

Esok hari cuti (Hari Pekerja). Aku dah planning nak buat kerja-kerja freelance jer esok (takkan kemana-mana), dok depan laptop jer lah dari pagi sampai malam.. ?. Sebagaimana yang aku ceritakan sebelum ini, aku suka dengan apa yang aku lakukan sekarang, ini adalah minat dan kecenderungan hatiku…✌

Malam semalam, aku perasan mail server di dalam web tak berfungsi selepas server migration. Macam-macam cara aku cuba untuk selesaikannya, tapi gagal (aku tidur pukul 3 pagi semalam). Aku reinstall web application, then backup files (tetap juga tak boleh). Masa kat tempat kerja tadi, aku banyak mendiamkan diri (fikirkan cara nak selesaikan masalah nie), ditambah dengan rasa mengantuk lagi.. Haha ?. Balik kerja jer, terus aku on kan laptop..

Sebelum nie, aku gunakan SMTP server dari provider Mailgun (takde masalah), tapi lepas server migration, email jadi bounce, dah macam-macam cara aku cuba untuk selesaikan masalah ini, tetap juga tak boleh. Lepas tue, aku try SendGrid, semuanya okay, tapi email masuk dalam SPAM inbox pula (nak jer aku mencarut masa tue).. Haha ?? .Last sekali, aku gunakan MailJet, Alhamdulillah semuanya berfungsi sebagaimana sediakala. Penat nak fikir weih..boleh sakit jiwa lah.. Haha ?

Okaylah ye, aku nak tidur dah nie (nak rehat). Kepala dah sakit sangat.. Tau tak, migrain nie, mula-mula sekali akan membuatkan fikiran kita bercelaru (sukar untuk memberikan tumpuan), kemudian kita akan rasa sukar untuk berkata-kata, tangan akan mula mengigil, pernafasan akan tersekat-sekat.. (ini semua datang sekali dengan pakej kesakitan yang teramat sangat). Senang cerita, untuk melupakan semua kesan-kesan ini.. tidur jer lah .. Haha.. ??✌

Khairul Azahar Sharriffuddin
30 April 2019 10:29 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 89 : Bermulanya Sesuatu..
Next Post Protected: Diari 91 : Untuk Wawa