Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Hari ini aku pulang awal sedikit daripada kebiasaan (8:30 Malam). Sampai rumah sekitar jam 9:15 Malam…Aku berharap sangat, “cepat-cepatlah” habis “overtime” nie… Dah tak sanggup aku nak OT hari-hari… 🙂 … Fikir tanggung jawab jer..
Semua projek yang aku usahakan selama ini memang dah tiada progress selama aku OT nie.. Aku dah habiskan banyak masa, tenaga dan duit untuk capai apa yang aku impikan.. Memang target untuk siapkan akhir bulan 12/18.. Tapi sekarang dah masuk bulan 01/19… Tapi takperlah..
Okay..Hari ini aku nak cerita sedikit latar belakang diriku.. Dengar yer anakku, ayah nak cerita ini.. 🙂 Haha.. Okay, aku mulakan terus dari Sekolah Menengah lah ye, aku boleh tulis panjang-panjang, tapi disebabkan malam ini aku dah rasa mengantuk sangat.. Jadi aku pendekkan jerlah ceritanya..Lain kali aku akan sambung..
Aku bersekolah menengah di Smk Tok Sera, Kuantan, Pahang. Aku pindah ke sana sekitar tahun 1998 disebabkan ayahku mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat simen yang baru dibuka (YTL Cement). Aku bersekolah sampai tingkatan 4 jer.. hujung tahun 2002 (sekitar bulan 8), aku kena buang sekolah..
Masa itu hidup pun memang bebas sangat, macam-macam perkara buat.. . Hari-hari aku akan balik rumah waktu subuh… Nak cerita pun tak syok..(elok aku simpan jer sendiri)… Tingkatan 5, aku bersekolah di sekolah Swasta pula.. Yang ini lagi teruk.. Seminggu sekali jer aku datang sekolah… Keluar jer result SPM .. Masa itulah baru aku tahu kehidupan yang sebenarnya yang perlu aku tempuh lepas daripada detik itu..
Masa itu, semuanya dah berubah, jika dahulu bila berjumpa rakan-rakan, perbicaraannya berkisar soal “keanak-anakan” tapi kini semua bicaranya soal “kedewasaan” (pelajaran, perkahwinan,dan masa depan).. Kau umpama bayang-bayang jer dalam perbualan itu..Aku masih dapat ingat lagi detik-detik itu..
Lepas itu, aku kerja kedai makan..Sehari Rm14 dari pukul 5:30 petang sampai 12 malam.. Kemudian kerja Operator Packing di Seremban, Pengawal Keselamatan, dan lain-lain…Kemudian akhir tahun 2009, aku Ambil keputusan untuk pulang ke kampung semula (Sungai Buaya).. Minta Maaf dengan ibu aku.. Aku buat silap sampai menguris hati ibuku dengan kata-kata aku.. Malam itu aku lari rumah dan hampir dua tahun aku tak balik…Sampai sekarang aku menyesal dengan perbuatan aku itu..
Dipendekkan cerita, satu malam aku pergi ke cybercafe..Aku tengok-tengok peluang untuk aku nak sambung belajar..Maklumlah SPM memang out.. Kredit pun tiada, macam mana nak sambung belajar..Tapi malam itu memang telah mengubah segalanya..Aku terjumpa laman web GIATMARA.. kelayakan masuk simple jer..Tiada SPM pun boleh masuk.. Aku ambil nombor telefon, pagi-pagi aku call, tanya macam mana nak mohon.. dia cakap boleh datang terus daftar..
Aku kata kat ibuku yang aku nak belajar..Dia cakap pergilah.. Kali ini aku terpaksa tinggal ibu aku lagi…Hari tersebut aku terus bergerak ke Seremban.. Daftar masuk di GIATMARA Seremban, di dalam Bidang Teknologi Kimpalan Dan Fabrikasi Logam… Hampir sebulan aku kayuh basikal Sejauh 20 km sekitar jam 5:50 pagi untuk pergi ke GiatMara Seremban dari rumah tempat tinggalku. (Lebih kurang 45 Minit)…Lalu Hutan pula tue.. haha..
Hari pertama di dalam kelas, Cikgu Zulkifli tanya aku, mengapa masuk disini ? . Aku jawab, “Pilihan Terakhir”. Masa itu umurku dah 24 tahun, Terus cikgu Zulkifli cakap kepada pelajar-pelajar di dalam kelas.. Saya taknak awak layan dia macam kawan-kawan awak ye.. Hormat dia sebagai abang awak..Masa itu di dalam kelas aku, rata-rata berumur 17 tahun.
Alhamdulillah.. Lepas 6 bulan aku tamat belajar… Aku dapat kerja sebagai Assistant Welder & Fitter kat Cepco Rawang.. Aku bekerja di dalam department Maintenance.. Naik satu step di dalam graph hidupku.. Daripada “Nothing”, aku dapat “Something”…Alhamdulillah..
Setahun lepas itu, Aku berhenti kerja dan sambung lagi belajar di Kolej Komuniti Hulu Langat di dalam Bidang Penyamanan Udara Dan Penyejukan.. Dan kali terakhir aku sambung belajar adalah sekitar umurku 30 tahun di Akademi Binaan Wilayah Utara, Kedah.. Di sini aku ambil Plumbing (Sanitary Fitting And Water Reticulation)..
Sebelum aku kerja di Dimal..Aku bekerja sebagai maintenance technician di sebuah syarikat Concrete Readymix.. Yang nie penat sikit..sebab kena ulang-alik dari satu plant ke plant yang lain.. Selayang-Rawang-Subang-Sepang…Pada masa yang sama aku try cari kerja lain..
Aku dapat interview kat tiga tempat kerja.. Satu Sungai Buloh (Welder).. Bukit Beruntung (Aircond-Technician).. Dimal (Electrician)…Malam tue aku berdoa lebih kurang macam inilah bunyinya, “Ya Allah , Seandainya bekerja di tempat ini… memberikan kebaikan bagi diriku dan ahli keluargaku di dunia dan akhirat maka kau berikanlah ia padaku”..
Esoknya aku buat keputusan untuk interview kat Dimal dan aku tolak interview kat 2 tempat lagi tue..First aku interview dengan Ms.Jobina, kemudian Mr.Kevin..Dia cakap nak pakai orang kat Lab..Nak cuba tak ? .. Aku cakap bolehlah..kalau kasi peluang.. Haha.. Masa itu aku dah tak sanggup nak kerja kat tempat lama.. 🙂
Alhamdulillah aku kekal sampai sekarang kerja kat sini…. Okaylah sampai sini ajerlah…Dah pukul 12 malam..Aku nak rehat ..Esok aku nak jumpa Aisyah pagi-pagi.. :-).. Malam esok, InsyaAllah aku sambung balik Diari ini ..Banyak lagi yang aku nak kongsikan..
Khairul Azahar Sharriffuddin
5/1/2019 12:05 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya,Selangor