Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 55 : Dan Seperti Dulu

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Semalam merupakan hari pertama aku bekerja setelah seminggu bercuti. Aku tak menulis diari ahad lepas & juga malam tadi kerana tak berapa nak sihat.. Ada banyak cerita yang aku nak rakamkan dalam diari nie :-)..

Semalam aku bekerja di control room (lama juga aku dah tak involve dalam production). Teringat kembali masa aku dengan Farrizal dulu, cara dia layan dan jaga aku (macam aku adik dia).. Aku kena marah dengan dia, masa first time aku merokok depan dia dulu.. Haha.. 🙂 . “Kau dah lah migrain, hisap rokok lagi, lagi senang kena migrain” katanya.. 🙂

Petang semalam, aku teman Rao (hantar motor member dia) di Kerling. Aku follow dia ikut kereta, then hantar dia pulang ke rumah. Sebelum balik itu, kitaorang singgah makan dulu lah. Aku lapar sangat semalam, (lupa bawa bekal)..

Kemudian dalam perjalanan pulang, aku singgah di klinik (ambil ubat & consultation)… Lama juga aku borak dengan doktor. Macam biasalah.. takde solution untuk migraine aku.. :-).. Doktor tue cakap, suh aku buat cermin mata (mungkin sebab cahaya)..

Memang ada satu kanta (blue eye) untuk protect mata daripada cahaya komputer & matahari. Aku dah pernah buat dulu (masa study di Kedah), hari pertama dan kedua, aku pakai cermin mata tue (blue-eye), aku kena migran (kaw-kaw punya), sampai aku keluar Hostel dan cari Hotel luar (dua hari aku tidur terus, hari sabtu dan ahad).. Muntah jangan cakaplah.. sampai dah tak terkeluar apa yang ada dalam perut..

Lepas itu, aku terus buat cermin mata baru kat sana juga (kedah). Aku pakai kanta macam biasa yang selalu aku pakai (photogray dan multi-coated).. Okay jer, then lepas aku buat lasik, sampai sekarang peratusan untuk kena migran daripada cahaya tue (tak berapa nak besar lah).. Alhamdulillah, cuma banyak perkara nak kena jaga.. suhu badan (dari sejuk ke panas dan dari panas ke sejuk, tak boleh), bau-bauan, dan juga bunyi…Banyak perkara nak kena jaga..

Freelance

Okay, semalam dan hari ini (memang aku takde buat apa-apa kerja), sebab aku tengah tunggu installation (plugin) daripada seller kedalam website aku. Hari ahad lepas, aku ada beli beberapa plugin dan pagi tadi aku check dalam web, alhamdulillah seller dah install..

Aku ada beli backup plugin (takut something jadi).. Apa-apa hal terjadi, aku boleh restore jer.. InsyaAllah, pagi nanti aku akan sambung kerja. Sekarang aku kena buat documentation seperti (FAQ,Tutorial, Privacy, Term And Condition).. Kena banyak menulis lah.. Haha.. 🙂

Okaylah ye, aku belum bersenam lagi nie..(dah lewat sangat nie).. Nanti sambung lagi, InsyaAllah 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
26 Februari 2019 6.47 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Previous Post Diari 54 : Yang Dicari
Next Post Diari 56 : Yang Tersembunyi