Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Malam nie, aku buat ringkasan diari jer lah ye. Dah pukul 1 pagi, nak tidur dah 🙂 . Malam nie, aku balik lewat sedikit (10:30 malam), sebab kerja lebih masa (overtime), sampai rumah pun dah nak dekat 11 lebih. Hari nie dah masuk hari yang 30 aku tak merokok, walaupun rasa teringin, tapi aku tahan jugalah.. hehe.. 🙂
Alhamdulillah, pagi tadi aku dah menghantar surat perletakkan jawatanku kepada majikan tempat kerjaku sekarang nie. Syukur semuanya dah selamat. Aku dah taknak tangguh lama-lama lagi, aku nak selesaikan secepat yang mungkin. Aku nak mulakan kehidupan yang baru (yang berbeza) daripada kebiasaan yang aku lakukan sebelum ini..
Kelepasan Waktu
Esok aku akan bercuti sempena menyambut Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong yang ke-16. Rasanya aku takkan kemana-mana lah, mungkin akan duk menghadap laptop jer lah sampai ke malam … Haha.. 🙂 . Inilah cara aku melepak sebenarnya, (sorang-sorang jer).. tengok handphone.. tengok laptop.. pusing-pusing macam itu jer.. Haha.. 🙂
Nampak macam takde life jer kan ? Hehee.. Sebenarnya takdelah sampai macam tue pun, ada jer lepak dengan member-member buat program. Tapi tak selalu lah. InsyaAllah, Hari Raya Qurban nie, kitaorang akan berkumpul di rumah Abang Shokeri, buat projek bakar lemang lagi. 🙂
InsyaAllah, selepas ini, aku akan tetap berusaha untuk mengekalkan hubungan persahabatan nie. Diaorang adalah antara sahabat-sahabat aku yang terbaik, nama pun geng steady kan ? Mesti semuanya kena steady (sentiasa tersenyum) walau apa pun yang terjadi.. 🙂
Khairul Azahar Sharriffuddin
30 July 2019 1:43 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor