Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 163 : Cerita Tentang Kecelaruan

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Hari nie aku ceritakan mengenai masalah telefon yang sedang aku hadapi. Aku tak tahulah macam mana boleh jadi bercelaru macam nie. Mula jadi masa aku install whatsapp for business (3 bulan lepas). Contact semua dah jadi bercelaru. Nombor yang aku dah save sebelum nie, tiba-tiba tertukar nama. Ada yang hilang dan ada juga nombor yang aku tak pernah save pun, tiba-tiba ada dalam telefon. (serius aku tak tahu datangnya dari mana nombor-nombor nie. Gambar profile pun takde, tapi nombor telefon ada save)..

Bila aku call kengkawan lama, yang angkat orang lain. Rupanya nama semua dah tertukar. Pagi tadi aku try cuba tengok contact number dalam phone (sebab aku rasa macam ada yang tak kena), rupanya dah tertukar habis. Mana-mana kengkawan lama yang call nombor personal aku (0192092006), tapi aku tak angkat, maaf lah ye, aku memang tak angkat nombor telefon yang aku tak save. (bukan tak save, tapi nombor dah habis tertukar semua).

Minta korang whatsapp aku semula lah ye, lepas tue kasi tahu nama.. Hahaaa.. 🙂 .Aku ada guna tiga telefon dan whatsapp sekarang nie. Satu personal (jika nombor yang aku tak kenal, aku takkan layan..acah-acah hot pula, hahaa). Lagi satu nombor DIGI 016-2954386 (yang nie nombor kerja aku, jika call, insyaAllah aku angkat semuanya). Kebanyakkan kengkawan lama dah tahu aku gunakan no telefon nie. Dan satu lagi nombor 018, yang nie untuk kecemasan dan standby sahaja, (aku selalu guna untuk waze, telefon, dan sms).

Tengoklah dalam minggu nie, aku akan delete semua no telefon dan susun semula. Yang mana dah terdelete tue, maaf lah ye. Kalau takde whatsapp dan gambar profile, aku akan terus delete jer lah. Nanti korang whatsapp semula jer lah ye…Hahaa.. 🙂 .

Lagi satu, kalau korang call, tapi aku tak angkat, whatsapp jer terus, nanti aku balas lah (tapi ambil masa sedikit lah ye, kengkawan aku pun cakap, nak tunggu khai balas whatsapp, sampai esok pun belum tentu lagi)..Hahaaa. Bukan aku tak balas, lambat sikit jer. Walaupun kau orang selalu nampak aku online, tapi aku tengah buat kerja tue sebenarnya (aku guna whatsapp for web, selagi mana laptop on, selagi itulah akan nampak online).

Okaylah ye, insyaAllah, aku akan tulis satu diari terakhir untuk tahun nie minggu depan. Aku akan buat satu rumusan perjalananku di tahun ini. InsyaAllah, kita akan berjumpa lagi. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
19 December 2019 10:29 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor

*Update 1:00 PM : Aku dah delete 215 contact number yang ada dalam phone aku, ada banyak redundant contact yang aku tak pasti siapa pemiliknya. Kebanyakan semua nombor yang dah save sebelum nie, contact name nya telah bertukar-tukar ke nombor lain. Yang mana kengkawan yang nak nak call tue, boleh terus call no 016 lah. Then kalau personal, boleh terus whatsapp aku kat 019, tapi bagitau nama dulu lah.. Hahaaa.. betul-betul dah bercelaru telefon aku.

Tapi aku rasa macam dah okay lah, sebab aku tengok whtsapp dah mula masuk dan ada notification macam biasa.

Previous Post Diari 162 : Garisan Masa & Hati..
Next Post Diari 164 : Telahku Tahu..