Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Dalam minggu ini boleh dikatakan aku agak kerap menulis, tak silap aku dah 4 diari termasuk yang ini. Semalam aku ada menulis satu diari mengenai “Yang diertikan dengan bahagia” kan ? Hari ini, aku cuba nak kupas dan huraikan dengan lebih lanjut. Sebenarnya aku masih tak sihat lagi nie, tiba-tiba demam panas malam tadi dan hari ini pun badan aku agak lemah. Aku pakai sweater ketika menulis nie (nak keluarkan peluh)..
Jadinya aku tangguhkan semua kerja-kerja aku dahulu sehingga sidang parlimen bersidang semula nanti.. Eh, silap.. Haha.. Sampai aku dah betul-betul sihat nanti. Jadi buat masa ini, aku takde nak buat apa sangatlah, aku menjalani rutin kehidupan seperti biasa (tanpa melakukan sebarang kerja), cuma bersenam, menonton Netflix, main guitar. Nak keluar lepak pun memang tak boleh lah dalam keadaan tak sihat macam nie. Nak kena drive lagi..
Okay, dah cukup aku bercerita mengenai ringkasan perjalanan hidupku. Kita sambung semula apa yang aku nak kongsikan disini. Mengenai Duit, mengenai suatu benda yang aku rasakan dah jadi virus dari zaman ke zaman.
Duit Oh Duit
Ayat-ayat seperti, “kalau takde duit kau nak makan apa ?”, “duit boleh beli segala-galanya”. “kalau takde duit, macam mana kau nak bahagia”. “semua perkara dalam dunia nie perlukan duit, nak masuk tandas pun kena bayar”. “mana boleh bahagia tanpa duit”. Ada beratus dan seribu satu ayat yang kau boleh berikan untuk menjustifikasikan pandangan kau. Pernah dengar ayat “cash is king” ?. Bagi aku, ayat seperti ini merupakan satu penghinaan kepada integriti manusia. Umpama kau katakan, manusia nie boleh dibeli maruahnya dengan duit.
Bila kau dah ada pandangan cash itu adalah king, disitulah akan jadinya punca salah guna kuasa dan rasuah. Banyak tujuan duit kau boleh gunakan untuk mencapai maksud dalam kehidupan ini (beli rumah, kereta, sedekah, keperluan rumah, anak-anak, dan banyak lagi) dan itu adalah tujuan yang murni. Tapi untuk kaitkan kebahagian dengan duit, tidak sama sekali. Kau takkan boleh mencapai maksud kebahagian dengan duit. Bila kau ada pandangan macam ini, tak hairanlah kehidupan kau akan sentiasa stress dan tak pernah rasa tenteram. Sebab apa ? Sebab bila kau ada duit, kau akan gembira dan bahagia, bila duit kurang, kau akan jadi risau, gelisah.
Sebab kau dah ajar diri kau untuk jadi seperti itu. Pernah ke dengar manusia puas dengan duit yang dia ada sekarang nie ? Tak kan.. Manusia takkan pernah merasa cukup dengan apa yang dia ada. Bila dia ada 1, dia nak 2, bila dah ada 2, dia nak 3. Bilanya nak rasa bahagia dengan apa yang kita sudah miliki ?
Semua yang aku katakan ini adalah berdasarkan pengalaman hidup aku. Aku just nak share pengalaman, jangan sesekali jadikan duit nie sebagai penanda aras kebahagian hidup kita. (buang jauh-jauh). Cuma perlu tukar mindset kau orang, katakan “duit adalah untuk keperluan hidup dan takkan terkait ia dengan emosi aku sekalipun”. Kau orang boleh bahagia bila-bila masa sahaja yang kau orang suka.. Ada duit atau takde duit, tugas kau adalah untuk mencari penghidupan yang baik untuk diri dan ahli keluarga kau.
Sentiasa usahabmencari rezeki yang halal. Jangan disebabkan duit, hilang integriti dan kejujuran sebagai manusia. Bila kau dah dapat 1, bersyukur dan nikmati dengan apa yang ada sebelum kau meloncat mencari yang ke 2. Sebab manusia takkan pernah merasa cukup. Takut-takut yang kejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Okay ?
Khairul Azahar Sharriffuddin
29 Feb 2020 2:42 Minit Petang
Kampung Sungai Buaya, Selangor