Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 182 : Bismillah..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera.

Dah baca diari sebelum ni tak ? Itu merupakan diari yang paling terpanjang di dalam blog lelakiberlari.com setakat ini. 🙂 . Bila aku baca semula, banyak juga kesalahan di dalam tulisan (aku akan edit semula mana-mana kesalahan di dalam penggunaan ayat). Okay, untuk hari nie, InsyaAllah aku akan bekerja seperti biasa.

Selalunya aku akan start bekerja di dalam pukul 10 pagi dan akan berhenti sekitar jam 12:30 tengah hari. Sambung semula pukul 2 petang sehingga 4 petang (isnin sehingga jumaat). Untuk hari sabtu dan ahad pula, aku akan berehat dan jika ada masa terluang pada waktu ini, aku akan tumpukan pada project-project yang berkaitan dengan diri sendiri. InsyaAllah jadual kerja aku akan penuh sehingga akhir bulan 4 nanti (bulan puasa).

“Bekerja untuk hidup, tapi bukan hidup untuk bekerja”. Ini pepatah orang perancis, bukan aku saja-saja nak tulis tau :-). Orang perancis hanya bekerja 35 jam seminggu dan pada masa depan diaorang merancang untuk bekerja 4 jam sehari. Ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup. Tak kira miskin atau kaya, setiap orang ada hak untuk menikmati kehidupan yang berkualiti. Seperti yang aku katakan sebelum ini, duit bukanlah penanda aras bagi kebahagian seseorang…

Tapi “masa” lah yang sebenarnya memberikan makna dalam hidup seseorang. Masa tidak boleh dibeli dengan duit. Sebab masa ini sifatnya terikat dengan kehidupan. Orang yang dah nak mati, walaupun ada 1 billion, takkan boleh nak beli masa itu. Sebab dia tahu dengan masa itulah dia boleh dapatkan kebahagian. Jadi bagi sesiapa yang masih memiliki masa itu, hargailah dengan sebaik-baiknya.. (carilah bahagia dengannya)

Okay ? 🙂 . Sebelum aku nak tutup diari nie, aku nak kongsikan satu resepi Omelet yang aku buat setiap pagi (sarapan pagi). Namanya, “Omelet ayam pedas beserta cheese” .. Hehe…

Bahan-Bahannya :-

  • Telur 2 Biji
  • Rebusan isi ayam yang telah dicincang
  • Sayur Campur
  • Kacang Botol Yang Dipotong Halus
  • Bawang Besar yang dipotong halus
  • Cili Kecil yang dipotong halus
  • Tomato
  • Cheese
  • Cili sos
  • mayonnaise
  • Boleh isi apa sahaja bahan tambahan bergantung pada cita rasa.

Cara Memasaknya :

Pecahkan 2 biji telur di dalam kuali, kemudian taburkan hirisan ayam, sayur campur, kacang botol, bawang besar, cili kecil, tomato dan cheese di atas telur yang telah dipecahkan di atas kuali tersebut.

Last sekali letakkan sedikit sos dan mayonnaise di atas. Tapi pastikan api kecil jer tau, kemudian biarkan sekejap, tutup atas kuali. Akhir sekali, lipat omelet tersebut.. Okay done ! hehee.. selamat mencuba ye.. sedap sangat, inilah sarapan aku pagi-pagi.. :-).

Khairul Azahar Sharriffuddin
10 Mac 2020 12:03 Minit Tengah hari
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 181 : Kelahiran [Final Update 9-Mac-2020]
Previous Post Diari 181 : Kelahiran [Final Update 9-Mac-2020]
Diari 183 : Semoga Kamu Kekal Sihat Selalu..
Next Post Diari 183 : Semoga Kamu Kekal Sihat Selalu..