Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Lagu nie dah lama sangat aku dengar.. Aku tak ingat berapa lama dah.. Mungkin dah berbelas tahun.. mungkin.. Aku suka alunananya.. alunan yang menceritakan sesuatu.. Sekali aku dah dengar lagu nie, aku akan biarkan ia berputar berulang-ulang kali..berbelas, berpuluh atau beratus kali barangkali…
Kekadang aku rasa hidup aku terlalu melankolik. Tengah hari tadi ketika aku solat zuhur, aku bertanya kepada diriku, “adakah aku perlu peduli tentang perasaan hati ?”. Perasaan melankolik terhadap orang lain ini selalunya yang akan menyukarkan hidupku. (rasa kesian kepada orang yang sangat melampau).
Bila rasa kesian itu hadir, kau akan hilang pertimbangan tentang keperluan diri sendiri. Dari dahulu sehinggalah hari ini, perkara yang sama juga orang katakan kepadaku, “Tak perlu kesiankan orang, fikir tentang diri kau dulu”..Tertanyaku, perlukah begitu ? perlukah dibiarkan begitu ?
Tapi bagi aku, hidup perlu ada kasih sayang, bukan sahaja kasih kepada diri sendiri sahaja. Tapi kasih dan sayang pada orang lain dan apa sahaja yang hidup di dalam kehidupan ini. Walaupun berat, tapi itulah hakikatnya, hakikat yang manusia itu perlu berkasih sayang…
Dan aku rasa dah tak perlu aku bertanya lagi persoalan itu di dalam hidupku. Bila hati telah cinta kepada sesuatu, maka simpan & semailah ia sedalam-dalamnya dalam hatimu dan kelak ia akan tumbuh menjadi pohon-pohon yang menyinari hidupmu di suatu alam tanpa kematian, maka disitulah sebaik-baiknya tempat kembali.
Khairul Azahar Sharriffuddin
20 Mac 2020 2:07 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor