Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, sebelum tue aku nak ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia ke-8 yang baru sahaja semalam (petang)mengumumkan pakej rangsangan ekonomi terbaru bagi menghadapi impak wabak covid-19. Banyak golongan yang akan dapat manfaatnya terutama keluarga yang terjejas pendapatan isi rumahnya. Kesian keluarga-keluarga yang benar-benar hilang punca pendapatan dalam saat ini.
Bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk meneruskan kehidupan.. Sesiapa yang dapat bantuan tue, sila berjimat-jimat ye, pastikan tidak boros berbelanja. Kita tak pasti berapa lama lagi kesan wabak ini akan berakhir..prepare for the worst !
Baiklah, malam nie aku nak minta sesuatu daripada kau orang lah. Aku nak minta doa kau orang semua. Lebih kurang macam doa kesihatan yang aku minta selama ini. Alhamdulillah, sekarang aku dah sihat, hidup seperti orang biasa yang normal, dah takdelah migraine lagi (sakit kepala) setiap hari macam dahulu. Mungkin ini semua berkat doa kau orang, tak pastilah siapa yang berdoa tue, tapi orang yang doakan aku tue, aku doakan yang sama juga untuk kamu… Aku dulu selalu kalau jumpa kawan-kawan aku minta diaorang doakan aku sentiasa sihat (tak kira agama)..
Tapi hari nie aku nak minta satu doa lagi :-), boleh kan ? Aku nak minta kau orang doakan aku ditemukan jodoh yang baik untuk diri dan agama aku. Agak sukar sebenarnya aku nak lalui hari-hari aku dengan menahan fitrah manusia Agak-agak faham kan ? straight to the point, keperluan batin aku. Mungkin keperluan zahirnya takde masalah bagiku. Tapi perkara yang melibatkan jiwa nie (susah nak rasa tenang weih)..
Apatahlagi bila dah tiba waktu malam macam nie, susah nak tidur. (yerlah keperluan fitrah tue tiada) pusing kiri tak selesa, pusing kanan tak kena, lama-lama tak boleh nak tidur. Berat dugaannya, bayangkan terpaksa tahan diri daripada melakukan sesuatu perkara yang cenderung ke arah perkara yang terlarang. (tidur memang tak boleh lenalah).Setiap hari jika lalui perkara nie, berapa lama boleh tahan kan ? Aku harap kau orang doakan aku ye…
Kalau kata orang-orang dulu, “bila air dah sampai kat kepala, kau dah tak boleh berfikiran secara rasional”. Itu yang boleh jumpa orang yang suka mengamuk tak tentu pasal tue kan ? 🙂 Orang kata, “malam tadi tak dapat lah tue, tue yang jadi macam tue”. Ini bukan aku cakap eh, ini aku dengar orang cerita jer, aku pun tak tahu betul ke tak.. Hahaa 😉 . Sebelum tue aku nak minta maaf ye, sebab penggunaan bahasa yang tak berapa enak dalam diari kali ini.. Maaf ye.
Aku harap kau orang boleh doakan aku ye. doakan aku semoga dapat menempuhi kesukaran & dugaan yang aku lalui saat ini dan ditemukan jodoh yang baik dalam hidupku. Sebagaimana yang dikatakan Habib Ali Zainal Abidin, “sesuatu yang dah ditakdirkan ke atas kita, pastinya akan sampai kepada kita”. Aku harap aku akan jadi suami yang terbaik untuk kamu, melindungi kamu, menyayangi kamu, dan menghiasi hari-harimu.
Khairul Azahar Sharriffuddin
28 March 2020 2:22 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor