Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 191 : Sebab Duit.. Itu Jer

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, hari nie aku berjaya transfer domain cuckoo.my kepada pemilik baru. Aku sekarang nie dalam proses nak struktur semula pelan perniagaan. Aku nak fokus kepada pembangunan kandungan IT terutamanya bidang hartanah. Agak sayang juga sebenarnya nak lepaskan domain cuckoo.my nie, sebab dah lama aku pegang. Tapi jika pegang tak manfaatkannya tak guna juga kan?

Pemilik baru nie namanya Encik Faris, dia start PM aku pertengahan bulan lepas. Dari blog nie lah dia PM aku.. Hahaa.. Dia tanya aku, aku duduk Rawang ke, dia ajak jumpa. Aku pun naik seram masa tue.. Haha, lelaki ajak jumpa.. lain macam aku rasa. Aku cakaplah aku tak sihat, lagi-lagi musim covid19 nie.. Aku cakap, kalau nak tanya apa-apa just melalui whatsApp je..

Dia tanya aku, macam mana laman web lelakiberlari.com boleh laju time nak access, apa yang aku buat ? . Then aku terangkanlah step by step. Tak lama lepas tue dia ajak aku sembang lagi, aku pun rasa lain lah.. Gay ke apa nie ? Hahaha.. Sebab aku ada pengalaman, 3 kali dah gay kacau hidup aku. Ada yang minta no telefon, ajak balik rumah, ajak tidur.. Celaka betul ! Memang phobia lah…

Akhirnya dia tanya aku mengenai domain cuckoo.my 🙂 . Dia tanya aku, aku ke pemilik domain cuckoo.my. Kat situ aku dah fahamlah apa yang dia nak sebenarnya. Dia nak beli domain itu untuk isteri dia. Isteri Encik Faris nie Executive jualan produk cuckoo . Bila dia tawarkan aku harga belian, then aku terus setuju je lah. Actually, dah lama aku nak jual domain tue sebab aku dah taknak fokus lagi kepada pembangunan laman web jualan produk..

Tak berbaloi bagi aku dari segi masa lah. Yerlah, nak jual produk-produk nie, satunya kau nak kena layan customer lagi, mana nak develop web lagi, mana nak manage inventory lagi. Banyak sangat kerja. Itu belum tambah lagi shipping yang ada problem. Lagi satu jika jual produk nie, susah nak bersaing dengan marketplace punya price, contoh shopee dan lazada. Aku tengok harga kat marketplace rendah sangat..

Kalau kau nak jual produk ubat kuat kat website boleh lah, banyak permintaannya.. Hahaa.. 🙂 Serius weih aku tak tipu. Dalam musim covid19 nie, permintaan ubat kuat kat laman web naik mendadak.. Hahaa.. 🙂 . Data tak menipu ye ! Haaa.. Okay, aku juga hadiahkan domain tutor.my kepada Encik Faris, sebab dia kata dia seorang guru (sekolah rendah)dan nak manfaatkan domain tue. Sebenarnya agak sayang juga aku nak lepaskan macam itu ajer, sebab aku dah ada plan untuk domain tue (aku nak buat training marketplace), tapi takpelah. Aku rasa dia akan gunakan sebaik-baiknya..

Semalam ada seorang dari training agency PM aku, dia kata dia berminat untuk membeli domain tutor.my daripada aku, tapi aku katakan kepadanya, domain tersebut kini di dalam proses transfer kepada pemilik baru. Kalau tak, dah boleh masuk 5k semalam.. hahaa.. tapi takperlah, takde rezeki.

Bila kita dah berjanji, kita kena berpegang pada janji kita itu ! Tak kiralah duit sebanyak manapun diberikan kepada kita, berpegang pada prinsip itu penting. Pedulikan sekiranya orang berkata kita bodoh, lurus, ataupun apa sahaja kata-kata yang tidak baik. Berlaku jujur dan berpegang pada prinsip itu penting… Jangan disebabkan duit, semuanya kita buang…

Tahu tak, kes-kes yang tengah hot kat media sosial yang duk maki dan membawang 24 jam sekarang nie, nak tahu sebab apa ? Sebab Duit jer ! Sebab duit nie punca segala sengketa. Sifat manusia taknak hidup susah, dia takut hidup susah. Bagi mereka, duitlah yang akan menentukan segalanya. Orang macam nie takkan peduli, kau makan ke tak, kau susah ke tak, janji bukan diaorang yang susah..

Khairul Azahar Sharriffudddin
1 April 2020 5:44 Minit Petang
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 190 : Apa Yang Kamu Boleh Belajar Dari Cerita Ini..
Previous Post Diari 190 : Apa Yang Kamu Boleh Belajar Dari Cerita Ini..
Diari 192 : Malam Pertama Di Syurga
Next Post Diari 192 : Malam Pertama Di Syurga