Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 194 : Berkongsi Itu Tanda Kasih

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

InsyaAllah, malam nie aku nak tidur awal sedikit. Tapi tengok jugalah, sekiranya masa nak baring-baring nanti takde cerita menarik kat Netflix, terus tidur je lah… Hehe 🙂 . Lama dah aku tak buka Netflix, last pada 21 March 2020, aku tengok cerita The Platform . Kisah pasal makanan jer pun, tapi ceritanya boleh relate dengan kehidupan manusia lah.

Dimana kedudukan manusia ini boleh mendorong seseorang untuk berlaku kejam kepada seseorang yang lebih rendah kedudukannya. Sifat tamak, mementingkan diri sendiri, dan desakan hidup akan menjadikan manusia itu hilang pertimbangan dan sifat kemanusiannya. Pointnya disini adalah desakan hidup ye ! Jika kau hidup dalam kekayaan lalu kau berbuat kebaikan melalui kekayaan itu, bagi aku itu bukan sesuatu yang menghairankanlah, sebab kau ada kapasiti (kemampuan) untuk melakukan itu semua.

Tapi berbeza kiranya kau seorang yang miskin dan hidup dalam keadaan yang terdesak, meminta, dan hilang upaya untuk mencari rezeki lalu kau berbuat kebaikan dan ihsan kepada makhluk yang lain. Itu berbeza ya. Satu kau takde kapasiti untuk melakukannya, dan kedua kau memberi sesuatu yang kau sangat-sangat perlukan bagi diri dan keluarga kau. Ini adalah antara sifat-sifat yang bapa dan ibu kita ajar suatu masa dahulu..

Konsep sharing, berkongsi sesuatu yang kita miliki kepada orang lain. Aku ingat lah sampai sekarang, bagaimana satu baris ayat yang ayah katakan kepadaku semasa aku kecil dahulu. Masa itu, aku di dalam kereta bersama dengan keluarga. Ayah memberi makanan kepadaku, lalu dikatanya kepadaku, “share-sharelah dengan adik-adiknya”. Ayat itu sampai sekarang aku ingat dan aku apply apa yang telah diajarkan itu semenjak daripada hari itu.

Sampai sekarang pun, bila ayahku pulang ke kampung dan membeli jajan untuk cucu-cucunya, perkataan itu tetap dikatakan kepada anak-anak buah aku, “share-share ye iman dengan adik-adiknya”. Apa sahaja yang ayah aku beli untuk dirinya, terutama makanan, dia akan ambil sedikit sahaja daripada itu dan lebihnya akan diberikan kepada orang lain.

Konsep sharing (berkongsi) nie takkan mengurangi apa yang kita miliki dalam hidup ini. Tak kiralah apa yang kita kongsikan dalam hidup ini, sama ada ilmu pengetahuan ataupun harta kita. Mudah-mudahan dengan apa yang kita kongsikan itu akan lahirnya generasi-generasi yang mengasihani antara satu dengan yang lain. 🙂

Baiklah, insyaAllah, bermula diari akan datang, akan akan kongsikan tips dalam setiap penulisan diari. Tips yang aku namakan “Journey To Ihsan”. Moga kita sama-sama berusaha menjalankan amanah yang telah diamanahkan kepada kita sebagai seorang muslim untuk berdakwah, yakni mengajak manusia kepada kebaikan dan menegah kepada kemungkaran dengan jalan yang paling berhikmah.

Khairul Azahar Sharriffuddin
5 April 2020 1:07 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 193 : Harus kehidupan ini kau kejar untuk impianmu
Previous Post Diari 193 : Harus kehidupan ini kau kejar untuk impianmu
Diari 195 : Melepaskan Ia Pergi..
Next Post Diari 195 : Melepaskan Ia Pergi..