Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 195 : Melepaskan Ia Pergi..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari nie aku aku nak kasi clear semua program & files yang tidak gunakan di dalam PC. Nampak serabut sangat dah, penin aku nak cari files yang berkenaan.. 🙂 . Hari nie semua okay ke ? Aku doakan semua pembaca di blog aku nie sihat sejahtera dan moga dikurnia dan dilimpahkan dengan keberkahan hidup oleh Allah s.w.t.

Pagi tadi, ada satu perkara yang telintas & tertanya di fikiran aku. Aku nak tahu sangat sama ada atau tidak, orang-orang pernah aku lakukan kesalahan ke atas dirinya selama ini membaca apa yang aku tulis di dalam blog ini. Tertanya juga. Tapi secara logiknya lah kan, sekiranya kita ada lakukan suatu kesalahan ke atas hidup orang lain, takkan semudah itu untuk orang lain memaaf dan melupakannya.

Sekiranya ada. Secara jujurnya aku nak minta maaf lah. Sama ada aku pernah terkacau & tersuka isteri orang ke, aku nak minta maaf. Sama ada aku pernah sakitkan hati orang ke, aku nak minta maaf. Sama ada aku pernah menyakiti & melukai hati, perasaan ataupun tubuh orang lain, aku nak minta maaf. Maafkan aku..

Pagi tadi aku terfikir tentang perkara ini. Aku rasa dah sampai masanya aku tinggalkan terus semua perkara-perkara yang aku simpan selama ini. Actually, dah banyak perkara aku lupakan, alhamdulillah. Cuma ada beberapa perkara sahaja yang masih aku simpan (sebab aku rasa sayang). Tapi bila difikirkan kembali, tak guna.. tak guna aku bawa semua itu. Jadi aku ambil semua keputusan untuk lepaskan semua perkara yang masih bersemayam dalam hatiku ini untuk pergi terus dalam hidupku..

Alhamdulillah, semenjak dari pagi tadi aku dapat rasa sesuatu yang lain dalam hatiku. Aku rasa puas… puas dengan apa yang telah aku lalui, Alhamdulillah.

Khairul Azahar Sharriffuddin
7 April 2020 12:45 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor.

Diari 194 : Berkongsi Itu Tanda Kasih
Previous Post Diari 194 : Berkongsi Itu Tanda Kasih
Diari 196 : Permulaan Jalan Menuju Ihsan..
Next Post Diari 196 : Permulaan Jalan Menuju Ihsan..