Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 197 : #KitaMestiMenang

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari nie kita dah masuk fasa ke-3 Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) selama 14 hari lagi (tambahan). Aku harap semua orang berada di dalam keadaan baik-baik sahaja. Alhamdulillah, dengan apa yang telah kita lalui ini, aku harap kita semua dapat belajar sesuatu daripadanya (bersederhana, berbuat kebaikan kepada orang lain, bersyukur dengan nikmat & sabar menghadapi dugaan)

Aku paling suka pendekatan yang diambil oleh Ustaz Ebit Lew. Dia nie berdakwah dengan cara kasih sayang. (nie cara tabligh sebenarnya). Kata-kata dia tue membuatkan orang lain mudah untuk dekat dengan dia. Hari tue aku tengok video dia datang sebuah rumah seorang perempuan tua (muallaf), nangis-nangis aku tengok.. Sedih sangat… Serius malam tue aku tak boleh nak tidur..

Banyak jer orang yang susah dalam dunia nie sebenarnya, cuma kita tak nampak atau buat-buat tak nampak. Bagus juga cara dia upload video-video macam nie kat media sosial (meskipun ada yang mempersoalkan). Tapi bagi aku, dengan cara ini akan membuatkan kita berfikir, apa sebenarnya yang telah kita buat & sumbangkan untuk agama kita ? (secara jujurnya aku merujuk kepada diri aku). Dia buat aku rasa cemburu, cemburu dengan kebaikan yang telah dia perbuatkan untuk agama…

Aku ? Tiada.. memang tiada… tiada usaha untuk berdakwah untuk agama. Dua kata-kata yang selalu dia kata, “Maaf dan Sayang”. Sebab dengan maaf dan sayang nie akan mematikan ego seseorang. Kita akan rasa yang di atas, dibawah, di tengah, ataupun yang miskin, kaya, sempurna, cacat anggota sama sahaja semuanya… Yang membezakan adalah iman dan taqwa di sisi Allah swt..

Journey To Ihsan 2 : Redha

Dah baca kan, diari yang pertama journey to ihsan mengenai dhuha ? Dah amalkan ? 😉 . Yang penting mesti istiqamah ye, taknak on-off. Setiap perkara yang berulang-ulang itu dipanggil sebagai wirid dan dengan wirid itu akan datangnya warid (kurniaan Allah). Maksudnya jika kita nak dapatkan sesuatu daripada kurnia-kurniaan Allah swt itu, perlulah istiqamah dalam melakukan sesuatu (hati tenang, keluarga bahagia, rasa cukup dan rasa redha dengan kehidupan dunia)..

Okay, untuk hari nie aku nak cerita mengenai Redha. Perkara nie merupakan perkara paling-paling penting sekali. Kenapa penting ? Sebab ia merupakan kemuncak untuk dicapai bagi seorang manusia. Cuba kau bayangkan ye, kau buat segala amal-amal dalam dunia nie, tapi Allah tak redha dengan kau. Apa yang kau akan dapat ? Tak dapat apa melainkan hanya penat sahaja..

Umpama kau hanya mempermainkan diri sendiri dengan amalan yang telah kau lakukan. Ini sebesar-besar bencana bagi seorang manusia. Apa yang kita nak cari melalui amalan yang kita lakukan tidak lain hanyalah mencari redha Allah swt. Tanam dalam hati begitu, tak kiralah amalan wajib atau sunat (tanam dalam hati, aku buat ini tidak lain hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah swt ke atas diri aku). Yang memasukkan seseorang ke syurga adalah disebabkan oleh redha Allah swt ke atas manusia tersebut, bukan disebabkan amalannya..

Jika nak kira amal, iblis lah lebih banyak amalannya (tiada tempat yang tiada bekas sujud iblis dalam dunia ini). Nak kira ilmu, tiada makhluk yang lebih hebat ilmunya daripada iblis. Tapi sebab apa kena tendang daripada syurga ? Sebab sifat takabbur (merasa diri lebih baik dari yang lain). Sebab itu dengan ilmu dan amal tak menjamin seseorang untuk selamat daripada penyakit hati.. Hati adalah tempat pandangan Allah swt dan dari situlah akan datangnya Redha Allah swt kepada seseorang…

Khairul Azahar Sharriffuddin
15 April 2020 4:37 Minit Petang
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 196 : Permulaan Jalan Menuju Ihsan..
Previous Post Diari 196 : Permulaan Jalan Menuju Ihsan..
Diari 198 : Hanya Kita Sendiri Akan Melayarinya Nanti..
Next Post Diari 198 : Hanya Kita Sendiri Akan Melayarinya Nanti..