Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, tahun ini dapat bertemu bulan ramadhan lagi. Tahun lepas merupakan ramadhan yang terbaik pernah aku alami sepanjang hidupku (usia 33 tahun). Tahun lepas aku raikan bulan ramadhan bersama-sama dengan rakanku (berbuka puasa bersama di tempat kerja). Tahun yang pertama kalinya aku berpuasa penuh.. Hehee. Aku bukannya orang baik pun, tapi aku cubalah berusaha untuk mengubah kelakuaan dan kekurangan yang ada pada diri (sentiasa ada perkara yang tak baik dalam diri)..
Bila aku imbas kembali perjalanan yang dah lepas nie. Aku bersyukur sebenarnya sebab banyak perkara aku dapat belajar. Sebab dengan apa yang telah aku lalui itu sebenarnya akan membentuk peribadi aku pada masa kini. Jika tidak ada ujian sepanjang perjalanan ini, aku takkan pernah belajar untuk memahami sesuatu perkara atau kejadian itu.. Yup, secara seriusnya aku boleh katakan, seandainya aku diberikan satu mesin masa untuk kembali ke masa silam, aku takkan sesekali menggunakannya (tiada perkara dalam hidupku yang aku nak ubah pada masa silam).. Aku bersyukur dengan apa yang aku miliki kini (baik dari zahir ataupun batin)..
InsyaAllah, jika tahun lepasnya bolehlah aku anggap sebagai tahun kemenangan bagi diri aku (bersama dengan rakan-rakan). Untuk tahun ini pula aku berharap, aku akan dapat mencapai maksud kemenangan itu dengan ahli keluargaku. Ya, aku nak jadi pembimbing dan pemimpin bagi ahli keluargaku. Itu sebenarnya tugas aku. Tak perlu banyak habiskan masa sibuk-sibuk dengan urusan yang tidak berkaitan dengan diri aku. (ada priority yang perlu disusun)..
InsyaAllah, aku harap tahun nie (bulan ramadhan), aku akan keluar dengan membawa taqwa bersama-sama. Alangkah malangnya kiranya aku keluar tanpa ada sebarang perubahan bagi diri ini(peringatan untuk diri sendiri). Dan satu lagi, insyaAllah, aku harap bulan nie aku akan dapat menghafaz surah al-mulk (aku dah lama teringin nak hafaz surah nie). InsyaAllah, aku akan cuba hafaz 1 hari 1 ayat. Doakan aku ye..
Lepas berbuka puasa tadi, terus hujan lebat (lebat sangat), dah lama tak hujan macam nie. Sejuk je sekarang nie 🙂 . Nak tau tak time-time (masa) yang paling kritikal di bulan ramadhan ? Masa ketika berbuka puasa, itulah time paling kritikal sekali (time nie nak kena jaga betul-betul), Jangan sampai terlebih makan. Umpama kamu dah rosakkan sesuatu yang telah kamu usaha sepanjang hari pada penghujungnya. Rugi sahaja.. Nikmat puasa itu ada pada ketika berbuka puasa.
Kegembiraan orang yang berpuasa adalah ketika ia berbuka puasa dan juga pada hari dia bertemu Allah swt di akhirat kelak. Ini merupakan 2 kegembiraan bagi orang yang berpuasa. Jadi semoga kita semua mendapat rahmat daripada Allah swt dengan ibadat yang kita lakukan ini, kita sama-sama doakan ye 🙂
Khairul Azahar Sharriffuddin
24 April 2020 8:10 Minit Petang
Kampung Sungai Buaya, Selangor