Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 201 : Ramadhan Series – Salah No PIN ?

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, hari nie kita dah masuk hari ke-3 berpuasa, macam mana semua, okay tak ? Hehee.. 🙂 . Baiklah, hari nie aku cerita ringkas je lah ye. InsyaAllah, untuk bulan ramadhan nie, aku akan tulis diari secara bersiri, kira seperti diari ramadhan khai lah.. Hehee 🙂

Okay, aku mulakan aktiviti awal pagi tadi dengan mesin rumput di kawasan sekitar halaman rumahku (belakang rumah), tempat kandang kucing. Rumput dah panjang sangat. Dah lama tak pegang mesin rumput, rasa menggigil juga lepas habis buat kerja.. Hahaa.. Tengah harinya pula aku keluar ke bandar bukit beruntung (ke public bank untuk keluarkan duit). Tapi nasib tak berapa nak baiklah, kad bank aku kena block, notifikasi yang tertulis di screen ATM disebabkan kesilapan nombor pin (tiga kali).

Terpinga-pinga aku kat bank masa tue. Biar betul, didalam fikiran aku berkata-kata, “200674 betul lah nombor nie, mana boleh silap”. Aku baru jer keluarkan duit semalam (sabtu) di bank yang sama, mana boleh silap hari nie. Mesin ATM dah gila lah nie. Kejadian yang sama juga berlaku kepada ayahku semalam. Ayah whatsapp aku bertanyakan nombor pin kad ATM dia, aku beritahulah nombor kadnya, tapi apabila ayah sampai di kampung. Ayah katakan, “tak boleh, kad ayah dah kena block”. Aku just nak nasihatkan, jangan gunakan MEPS buat masa nie (PKP). Jika Maybank keluarkan kat ATM Maybank sahaja. Kalau sekali dah reject kad bank, jangan cuba kali kedua atau ketiga (maksimum). Just cuba lain kali jer.. Dah jadi satu kerja pula aku nak kena call customer service maybank esok. InsyaAllah, aku harap semuanya akan baik-baik sahaja.

Semalam ayahku pulang dari Perak ke Rawang (dengan kebenaran dari pihak polis). Ayah tidur sehari disini dan tengah hari tadi telah bertolak ke Johor (mulai esok akan mula bertugas di johor). Alhamdulillah, kata ayah dia telah dinaikkan pangkat ke General Manager dan insyaAllah akan bertugas di sana untuk beberapa tahun. Semalam ayah dah planning macam mana kehidupan kami selepas ini. Disebabkan jarak yang jauh antara johor dan rawang, ayah dah plan beberapa perkara. Tengoklah macam mana nanti, mungkin dalam beberapa bulan ini akan ada beberapa perubahan pada keluarga kami.

Okaylah ye, dah nak isya` nie. InsyaAllah nanti aku sambung lagi diari ramadhan di hari yang lain pula. Aku doakan semua yang membaca ini dikurniakan rahmat dan keberkahan di dalam bulan ramadhan ini. Oh ye, satu lagi lupa nak cerita. Masa aku buka puasa tadi, alhamdulillah aku rasa happy sangat, rasa gembira sangat. Benarlah sabda Nabi saw bahawasanya orang berpuasa itu ada 2 kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu dengan Allah swt di hari akhirat nanti.

Khairul Azahar Sharriffuddin
26 April 2020 8:35 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 200 : Cahaya 1 Ramadhan
Previous Post Diari 200 : Cahaya 1 Ramadhan
Diari 202 : Ramadhan Series – Kesini & Kesana
Next Post Diari 202 : Ramadhan Series – Kesini & Kesana