Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 200 : Ramadhan Series – Permulaan Dari Cerita Yang Baru..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, hari nie kita dah masuk Ramadhan yang ke-24 (betul ke ?) Hahaa.. aku asyik confius jer lah :-). Baiklah, beberapa hari yang lepas, bakal adik iparku dan abangnya telah datang ke rumah untuk berbuka puasa bersama keluarga. Kira semua adalah di rumah ketika itu, termasuk keluarga adik perempuan (fauziana) dan abangku (seyrry).

Makanan berbuka puasa dimasak sendiri oleh adik perempuanku (beeha). Dia nie mewarisi bakat memasak yang ada pada ibuku (serius rasa masakannya hampir sama).Memang meriah lah malam tue.. Beberapa hari nie selera makan aku naik mendadak juga. Susah nak control, semuanya yang ada atas meja aku sapu.. Hahaa.. tapi tetap maintain kurus lah ye.. Hahaa.. (makan banyak mana pun akan tetap macam nie).

Berhenti Seketika

Baiklah, actually blog nie aku dah privatekan daripada public untuk seketika disebabkan aku nak tumpukan sepenuh masaku untuk kerja-kerja aku (insyaAllah). InsyaAllah, aku aku akan private kan sekurang-kurangnya di dalam tempoh sebulan. Tapi aku akan tetap menulis lah di dalam blog ini, nama pun diari kan.. Hehee.. (tapi tak menulis sekerap dahulu lah)..

Untuk pekerjaan terbaru nie, insyaAllah minggu hadapan aku akan launch satu laman web servis terbaru iaitu viral.my . InsyaAllah, viral.my akan mengoperasikan beberapa produk dibawahnya, antaranya hartanah.my , insta.my , images.my (released) , babyshop.my (development mode) dan blog lelakiberlari.com ini sendiri..

InsyaAllah, aku nak operasikan semuanya di dalam tahun ini. Aku berharap sangat Allah swt makbulkan doa dan usaha ku ini. Ini merupakan impian yang pertama dari 5 impian yang aku impikan sepanjang kehidupanku ini. Baiklah ye, aku nak rehat sikit malam nie. Sebelum nak tidur nie aku nak tengok-tengoklah kalau ada movie menarik kat Netflix .. InsyaAllah, berjumpa di lain hari.. Assalammualaikum

Khairul Azahar Sharriffuddin
18 Mei 2020 9:52 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 209 : Ramadhan Series – Kepulangan Adik..
Previous Post Diari 209 : Ramadhan Series – Kepulangan Adik..
Diari 201 : Syawal Series – Selamat Hari Raya
Next Post Diari 201 : Syawal Series – Selamat Hari Raya