Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 201 : Syawal Series – Selamat Hari Raya

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, esok kita akan menyambut kedatangan bulan syawal setelah sebulan berpuasa. Alhamdulillah, tahun ini aku berpuasa penuh. Kira 2 tahun berturut-turut lah.. Hehee.. Malu juga aku, dah usia macam nie baru ada keinginan nak menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang muslim. Tapi masih tak terlewat kan ?

Apa yang aku dapat belajar di bulan ramadhan tahun ini ? Perkara yang paling bernilai aku belajar sepanjang tempoh ini adalah mengenai kejahatan nafsu. Seperti sedia maklum, di dalam bulan ramadhan ini, iblis dan syaitan akan dibelenggu dari mengganggu anak adam. Tapi tahu tak mengapa masih ada manusia atau secara khasnya orang islam masih melakukan perkara-perkara yang keji di bulan yang mulia ini ? Jawapannya adalah nafsu, ya nafsu..

Serius aku katakan, aku kalah dengan keinginan yang datang daripada permintaan nafsu. Bagi aku secara peribadinya untuk mengalahkan nafsu ini memerlukan jalan mujahadah yang luar biasa sekali . Mujahadah bermaksud “berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu.” Bukan sesuatu yang mudah nak menundukkan keinginan nafsu (sebab ia kejahatan yang ada dalam diri). Kekadang rasa nak menangis, tapi apa kan daya. Bukan setahun dua berusaha tapi dah berbelas atau berpuluh tahun.. tsukar untuk dilentur nafsu ini. InsyaAllah, doa-doakan yang baik untuk aku ye..

Persiapan Hari Raya

InsyaAllah, persiapan hari raya tahun ini sederhana sahaja. First time dalam sejarah tak beli baju raya, seluruh keluarga tak beli. Selalunya malam raya macam nie akan ada persiapan (mengemas rumah) untuk menyambut kedatangan tetamu pada esok hari. Tapi untuk tahun ini tiada.. rasa agak janggal kedatangan raya tahun ini..

Persiapan hari raya hanya tertumpu untuk keluarga sahaja. Kuih raya ada beberapa jenis (adik beradik aku buat). Bagi juadah hari raya pula, adik beradik dan ibu aku ada masak (seperti rendang dan lauk). Memang sangat sederhana kami menyambut syawal bagi tahun ini.

Semalam ayah pulang dari johor (dengan kebenaran dari pihak polis). Alhamdulillah, dapat beraya dengan ayah tahun ini. Tengah hari tadi, ayah mengajak ku untuk keluar ke bandar bukit beruntung untuk membeli sedikit barang-barang untuk persiapan hari raya. Ramainya orang beratur.. Ini kira dah jadi normal baru kehidupan.. Nak tak nak kita terpaksa terima keadaan ini.. Aku pun dah tak sanggup nak lalui cara hidup macam nie..

Kata ayahku masa berbual di dalam kereta tadi, Tuhan nak uji manusia dengan kehidupan sebegini disebabkan banyak kerosakan yang telah dibawa oleh manusia selama ini. Jika difikir-fikirkan kembali, memang betul. Tengok jer kat negara china(tempat awal kemunculan virus nie).. Apa benda yang diaorang tak makan ? Semua binatang di nak sapu, bukankah ia dah melampaui batas. Macam orang takde tamadun kan ? Bagi aku, duit yang banyak ataupun sekaya manapun (seseorang ataupun negara) tak menjamin akan ketamadunan fikiran manusia itu..

Aishh.. malas nak cerita panjang-panjang bab nie 🙂 . Baiklah, sampai kat sini jerlah perkongsian diari untuk hari ini. Aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Bagi pembaca blog nie yang pernah mengenali aku secara peribadi, sekiranya ada kata-kata atau perbuatan aku yang menguris perasaan, maafkan kesilapan aku. Aku manusia penuh dengan dosa.. Maafkan aku.

Khairul Azahar Sharriffuddin
24 Mei 1:05 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 200 : Ramadhan Series – Permulaan Dari Cerita Yang Baru..
Previous Post Diari 200 : Ramadhan Series – Permulaan Dari Cerita Yang Baru..
Diari 202 : Syawal Series – Hari Raya Bujang Terlajak
Next Post Diari 202 : Syawal Series – Hari Raya Bujang Terlajak