Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, di tahun ini diberikan peluang untuk merasai nikmat kedatangan syawal. Macam mana raya kau orang semua ? Pastinya sambutan hari raya tahun ini tak seperti tahun-tahun yang sebelum ini kan (disebabkan pandemik covid-19). Kunjung kunjungan hanya melibatkan saudara terdekat sahaja. Bagi keluargaku pula sambutan tahun ini adalah secara sederhana sahaja. Tapi yang peliknya kan, walaupun tak semeriah seperti sebelum ini, tapi keluarga kami dilimpahi dengan makanan dan juadah pemberian orang lain…
Sampai dah tak larat dah aku nak makan.. Hehee..Lemang sahaja ada 5 batang orang beri, rendang ayam, daging, kuih-muih, dan itu belum lagi termasuk masakan yang dimasak oleh keluarga kami lagi.. Alhamdulillah dengan pemberian rezeki ini.. Tapi takut membazir lah kan.. Harap-harap tak lah..
Baiklah, tengah hari tadi (lepas zohor) aku pergi mengunjungi rakan sekerja aku di tempat kerja lama (Dimal). Namanya Man. Semalam aku teringat tentang dia, dah lama aku tak jumpa dia (nak dekat setahun juga). Dia nie 2 tahun tua daripada aku, kiranya umur sekarang 36 tahun lah (masih bujang sama sepertiku).. Haha.. Tadi tengah hari aku gamble jer pergi rumah dia (tak pasti ada orang ke tak).. Redah jer..
Sampai jer kat rumah dia, terus aku bagi salam.. Alhamdulillah, salam ku dibalas.. Masa dia keluar, aku tengok dia punyalah serabai, dengan rambut panjang tak bersikat… perut buncit.. tapi badan berisi jika dibandingkan sebelum ini (kurus kering)… Hahaa.. aku lepak berbual-bual sekejap dengan dia kat depan rumah.. Then aku ajak dia pergi lepak minum dengan hanafi sekali..
Punyalah susah nak cari kedai minum yang buka masa hari raya pertama nie.. Hahaaha.. pusing-pusing satu batang kali, akhirnya jumpa satu kedai yang buka depan Masjid batang kali. Kitaorang lepak agak lama juga (sampai waktu asar). Kemudian kitaorang ke bandar bukit beruntung (sekadar habiskan masa bercerita di dalam kereta) sebelum aku hantar semua pulang ke rumah masing-masing lepas tue.. Best jugalah.. Nie kira sambutan hari raya bagi golongan bujang terlajak.. Hahaa. Dibawah nie aku kongsikan satu foto yang aku ambil di dalam kereta petang tadi..
Sebelah kanan tue (baju berwarna oren) namanya Man, dah macam tabligh pula rupa dia, umur 36 tahun. Yang belakang Hanafi, umur 32 tahun, dan aku berbaju bewarna biru, umur 34 tahun… Rezeki untuk memiliki keluarga masih belum ada lagi. Macam nielah kitaorang sambut raya bagi tahun 2020 🙂
Khairul Azahar Sharriffuddin
24 Mei 2020 10:51 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor