Assalammualaikum dan salam sejahtera..
“Sesuatu yang bermula pastinya akan berakhir”, ternyata masih belum berakhir lagi kan ?.. hehe.. 🙂 . Lama sangat tak menulis di blog nie. Ada yang rindu tak ? Haha.. Actually aku menulis jer, menulis dalam hati.. hahaa.. Alhamdulillah, sepanjang tempoh ini aku dapat release beberapa laman web baru (untuk produk sendiri), iaitu laman web images.my dan InsyaAllah, dalam minggu ini aku akan release insta.my (download website). Aku juga ada menaik taraf beberapa versi laman web untuk perniagaan utama aku, iaitu produk berkaitan hartanah ke versi terbaru (version 2)…
Itulah yang aku lakukan sepanjang tempoh sebulan nie (itu pun belum siap sepenuhnya).. InsyaAllah menjelang pertengahan bulan 7 nie, aku nak settlekan semua. Masih ada 2 lagi project untuk client yang masih belum disiapkan.. Pasca covid-19 nie banyak perkara yang perlu disusun semula.. Bukan aku sahaja, tapi kebanyakkan majikan ataupun freelancer perlu menghadapi cabaran baru nie.. Tapi apa-apa pun yang terjadi.. kita akan tempuhi cabaran ini dengan apa keadaan sekalipun..
Menulis Diari..
Tahu tak apa yang aku rasa bila lama tak menulis… Aku rasa dada aku macam terhimpit dan sukar untuk aku nak berfikir.. hahaa… Sebab perasaan yang tersimpan tue tak boleh nak terluah… Aku dah biasa menulis, tapi bila semua tue hilang dalam hidup aku (seperti ada sesuatu yang tak lengkap)… Aku sebenarnya nak menumpukan segala usahaku dengan perkara yang aku sedang lakukan.. Yerlah, namapun cabaran kan ? Kau taknak ada perkara-perkara yang ganggu tumpuan kau…
Okaylah, dah nak subuh nie.. 🙂 . InsyaAllah, nanti aku sambung lagi.. banyak lagi perkara yang aku nak cerita (dalam sebulan nie macam-macam perkara aku buat).. tapi aku simpan dulu… 🙂
Khairul Azahar Sharriffuddin
29 Jun 2020 4:52 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor