Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, hari nie kita dah masuk hari ke-8 Ramadhan. Baiklah, hari nie aku tulis ringkas jer lah ye sementara nak tunggu waktu isya` nie. Line internet tak berapa nak syok (slow sangat macam siput). Dari tadi duk loading jer, aku pun dah fedup dah. Kalau nak buat kerja dengan keadaan internet macam nie, bila nak siap daaaaa…. aishhhh… Harap cepat-cepat lah habis PKP, tak larat dah nak layan line internet macam nie…
Dengan line internet macam nie, aku teringat kembali masa zaman mula-mula berkecimpung dalam dunia IT nie (chewaahhh).. Hahaa.. Sekitar tahun 2001-2002 macam tue. Masa tue masih guna internet prepaid lagi, tak silap aku kelajuan internet time tue sekitar 32 kbps (lebih kurang speed internet basic sekarang nie). Broadband ketika itu masih baru lagi di Kuantan, Pahang (keluarga kawan aku antara 50 early bird yang terpilih untuk menggunakan streamyx broadband).
Zaman tue lepak Cybercafe nie boleh dikatakan salah satu kegiatan wajib budak-budak masa tue. Ramai main game lah (aku tak minat sangat). Masa itu aku banyak habiskan masa dengan menggunakan perisian mIRC (internet chat paling popular masa itu). Takdelah cari-cari awek pun, cuma banyak habiskan masa berbual dengan members dan aktiviti-aktiviti atas talian (download musik mp3).
Jauh pula bercerita.. Hahaa… Kes pasal internet slow jer kan ? Baiklah, mulai 4 haribulan nie, kebanyakkan sektor pekerjaan akan mula beroperasi. Aku harap sesiapa yang mula bertugas tue, sila ambil langkah-langkah pencegahan lah ye seperti social distancing dan selalu mengamalkan kebersihan tangan. Jauhkan diri dari berkumpul di tempat awam. Selagi mana vaksin covid19 nie belum dikeluarkan selagi itulah tiada jaminan untuk kita berada di tempat awam.
Okaylah ye, ini jerlah yang aku nak kongsikan hari nie. Nak cerita lebih-lebih aku takde mood sangat lah (sebab line internet slow). Hari itu aku ada terbaca satu ayat kat Fb (lebih kurang macam nie lah ayatnya). “Buat amal tue sekejap sahaja, iaitu sampai kita mati, kalau esok kita mati, maka udahnya sampai esok ajerlah kita beramal”. Nampak macam kelakar kan, aku pun tertawa juga masa mula-mula baca, tapi bila fikir..fikir.. dan fikir semula.. memang ada benarnya kenyataan itu.
Khairul Azahar Sharriffuddin
1 May 2020 8:06 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor