Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 206 : Ramadhan Series – Impian Khai

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, hari nie dah masuk Ramadhan ke 14 kan ? Hehee.. asyik confius jer 🙂 . Hari ini cuaca agak panas (sampai berpeluh-peluh). Dahulu kalau cuaca macam nie, gerenti aku akan sakit kepala macam nak meletup punya (migrain). Alhamdulillah, semua itu sudah berlalu. Sampai sekarang pun, aku masih lagi tertanya-tanya, apa yang sebenarnya terjadi ? Macam mana semua kesakitan itu boleh hilang begitu sahaja (actually, aku pergi berubat di pusat perubatan islam, hanya sekali rawatan sahaja), kemudian ia beransur-ansur pulih.

Tetapi aku tak dapat jawapannya. (sebab apa sakit) ?. Bayangkan bukan setahun, tapi hampir 10 tahun aku menderita dengan sakit nie. Alhamdulillah semuanya telah hilang, cuma agak terlewat lah untuk menikmati kebebasan ini (baru beberapa bulan yang lepas). Usia pun dah meniti 34 tahun. Tapi aku akan cuba mulakan hidup baruku disini… InsyaAllah.. Doa-doakan aku ye 🙂

Baiklah, sesiapa yang mengikuti diari ku ini akan tahu beberapa perkara tentang impian-impianku. Semalam aku ada berbual dengan ibu dan adikku. Aku katakan yang aku nak travel seluruh Malaysia lepas nie (mungkin tahun hadapan atau beberapa tahun lagi). Itu Planning aku lah, alhamdulillah ibu dan adikku berikan support dan tambahan idea kepadaku. Sebagaimana yang aku katakan sebelum ini, hidup ini umpama 70 kali tukar kalender sahaja (sangat pantas masa berlalu).

Dalam hidup ini ada beberapa perkara yang aku nak lakukan sebelum aku mati (pergi dari kehidupan dunia). Antaranya :-

  1. Aku nak jadi pekerja bebas (professional freelance) yang menjana pendapatan melalui penawaran servis digital. Boleh bekerja dimana sahaja asalkan ada internet. Maksudnya, aku taknak terikat dengan konsep majikan dan pekerja yang bekerja dalam office ataupun premis yang digaji secara bulanan. Aku tahu bukan senang untuk mencapainya, mungkin ia akan mengambil masa yang lama. Tapi tak salah untuk berimpian kan ?
  2. Aku nak menulis & menerbitkan sekurang-kurangnya satu buku sepanjang hidupku ini. Tak kisahlah buku tentang apa sekalipun. InsyaAllah aku akan mulakan ia pada tahun ini, mungkin aku akan bermula menulis sebuah buku berkaitan hartanah. (insyaAllah)
  3. Aku nak Travel menjelajah seluruh Malaysia (sekurang-kurangnya), jika ada rezeki mungkin luar dari Malaysia. Bukan travel 2-3 hari lepas tue balik rumah. Konsep travel yang aku nak buat adalah sekali keluar 6-12 bulan macam tue. Sama ada nak naik motor atau kereta. Modal kena kencang lah, kena betul-betul study banyak perkara terutama berkaitan sejarah sesuatu tempat. Then peralatan (tools)pun mahal juga (handycam, dslr, go pro, laptop, video editor). Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan, mungkin 5-10 tahun lagi rasanya baru jadi nyata 🙂 . Tapi jika direzekikan oleh Allah swt, akan jadi nyata lah.
  4. Yang ke-empat nie, aku nak ada Tanah sendiri (sebelah dengan air sungai). Kat Hulu Selangor banyak tanah-tanah yang macam nie (berdekatan dengan air terjun). Aku nak bangunkan rumah kat tanah tue dan aku nak hidup secara sederhana di situ. Pada masa yang sama juga, aku nak ada beberapa rumah (bandar) di beberapa negeri, contohnya di Negeri Sembilan dan Melaka. Sebulan sekali, aku akan pergi melawat & bercuti di rumah-rumah tersebut. Total lebih kurang 3 rumah lah.. Hehee 🙂
  5. Yang terakhir sekali bila dah ada semua yang di atas, mestilah nak ada isteri & keluarga pula kan ? 🙂 . InsyaAllah. Jika ada rezeki dan jodoh, akhirnya akan bertemu juga kan. Jika tiada, insyaAllah aku akan redha dengan ketentuanNya.

InsyaAllah semua yang aku impikan ini, aku akan berusaha untuk mendapatkannya. InsyaAllah semuanya on-track, tapi jika tidak ditakdirkan oleh Allah swt untuk aku memiliki semuanya, aku berdoa agar Allah swt menggantikannya dengan yang lebih baik daripada semua itu 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
7 Mei 2020 6:48 Minit Petang
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 205 : Ramadhan Series – Selfishnya Kamu..
Previous Post Diari 205 : Ramadhan Series – Selfishnya Kamu..
Diari 207 : Ramadhan Series – Definasi & Nilai Kehidupan Itu Bagi Aku..
Next Post Diari 207 : Ramadhan Series – Definasi & Nilai Kehidupan Itu Bagi Aku..