Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 207 : Kegagalan Itu Hanyalah Permulaan..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, boleh dikatakan cuaca sepanjang hari ini mendung daripada pagi sehinggalah ke waktu petang. Pagi tadi hujan lebat, syok betul tarik selimut.. Haha.. Tengah hari aku sambung tidur lagi.. Sambil menggigil kesejukan… :-). Actually, aku dah mengantuk nie (baru siap buat kerja sedikit).. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja..

InsyaAllah, jika diizinkan Allah swt dalam masa terdekat nie aku akan join Property Agency yang bakal dibuka di bandar bukit beruntung (lebih dekat dengan rumah). It`s a right time. Boleh dikatakan aku dah hampir nak menyiapkan kesemua kerja-kerja aku sekarang nie (dalam masa sebulan dua nie, semuanya akan fully utilized).InsyaAllah, nanti aku akan dapat manage masa dengan lebih baik berbanding ketika nie (agak berserabut juga mengurus waktu) 🙂

Keadaan sekarang nie berbeza dengan keadaan ketika aku mula join Property Agency pada akhir july 2019 lepas. Walaupun aku yakin & bersedia untuk menghadapi pada ketika itu, tetapi aku tersilap buat perhitungan. Aku tak bersedia dengan ilmu… Ilmu aku tak cukup, tapi bersyukur sebab banyak yang aku belajar di dalam tempoh tersebut..

Dengan ilmu yang aku dapat itulah aku restructure semula Hartanah.my pada awal December 2019 (masa itu dah goyang dah). Senang cerita, ia merupakan sebuah pelaburan yang gagal. Banyak sumber kewangan yang telah aku gunakan apatahlagi dengan pengorbanan masa dan tenaga untuk beberapa tahun..

Hartanah.my wujud secara rasminya pada 04.03.2019 (tarikh lahir aku). Masa itu aku sangat yakin, tapi calculation aku silap, ada banyak lagi perkara yang aku tak tahu. (alhamdulillah aku dapat belajar daripadanya kini). Tapi kan, dalam usia aku macam nie, aku dah tak boleh buat silap lagi kerana bagiku setiap kesilapan itu akan menyebabkan aku kehilangan masa yang berharga. Ia berbeza jika umur aku masih muda lagi..

Alhamdulillah bila aku struktur semula Hartanah.my menjadi sebuah laman web penyedia servis digital bagi agensi dan perunding hartanah pada awal bulan 12/2019, aku dapat client pertama aku pada bulan Januari 2020. Itu adalah titik permulaan aku recover semula dari kegagalan awal.. Alhamdulillah.. Allah s.w.t mengatur semua dengan sebaik-sebaiknya..

Terima kasih kepada semua orang yang setia dengan aku ketika waktu ini dan percaya dengan apa yang aku lakukan. Yang pertama sekali sudah tentunya kepada ayahku (banyak yang telah dia korbankan untuk aku), terima kasih ayah. Ibuku (yang sentiasa sayang aku). Kawan seperjuangan aku, Syawal (selalu support aku). Dia tahu bila aku down, dia akan berikan kata-kata semangat kepadaku.. Abang Mus (orang yang pertama percaya dengan apa yang aku lakukan)..

Dan untuk Wawa (bekas kekasih).. Maaf dengan apa yang telah saya lakukan kat awak, jika awak faham situasi saya, saya lakukan ini semua untuk kebaikan masa depan awak. Saya doakan awak bertemu pasangan yang akan sentiasa sayang awak, cinta awak, dan membahagiakan awak.. Kucing awak sihat dengan saya.. 🙂 Hari nie dia gigit tangan saya dengan sebenar-benar gigitan (mungkin dia marah kat saya)..Hehee.

Baiklah, aku rasa nak keluar sekejap, nak rasa angin malam.. Balik nanti baru tidur lah 🙂 . Okaylah ye, InsyaAllah ada kesempatan nanti kita jumpa lagi 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
14 July 2020 3:08 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 206 : Dilemma Menjadi Seorang Designer
Previous Post Diari 206 : Dilemma Menjadi Seorang Designer
Diari 208 : Keinginan Hati Yang Terlaksana..
Next Post Diari 208 : Keinginan Hati Yang Terlaksana..