Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Akibat dah terlalu lama sangat tak login ke dalam dashboard blog lelakiberlari.com nie, aku dah lupa passwordnya masa nak login tadi.. Hahaa.. mujur aku ingat semula tadi. Kalau tak, kena block lah IP aku (Firewall). Actually, aku guna kata laluan yang sama jer bagi kesemua account aku (semenjak dari zaman sekolah lagi).. Siapa yang dapat login ke dalam dashboard aku nie, boleh lah baca diari-diari secret aku.. Hahaa.. 🙂
Okay, sebelum aku nak cerita mengenai kisah hari nie. Aku nak kongsi sikitlah beberapa perkara mengenai penulisan diari nie. Sebenarnya setiap aku aku habis menulis, aku akan membaca semula diari tersebut berkali-kali bagi memastikan setiap penulisan aku itu akhirnya dapat mencapai maksud yang aku harapkan. Kekadang seseorang menulis dia akan menulis dengan ayat yang samar-samar, yang mana maksudnya hanya diketahui oleh penulis itu sendi.. Kalau boleh aku nak tulis santai-santai jer lah sekarang nie 🙂 (taknak berat-berat).. Aku rasa zaman tue dah berlalu la.. Hahaa…
Sebab bukan apalah… Aku taknak orang yang membaca nie terasa hati dengan apa yang aku nak cuba luahkan.. Ada perkara yang boleh kita kongsi dengan orang lain, tapi ada juga perkara yang hanya boleh kita simpan untuk pengetahuan diri sendiri sahaja. Aku secara peribadinya ada banyak lagi perkara yang aku takkan kongsi dengan orang lain (atau secara umum). Setiap orang pastinya akan ada suatu perkara yang disimpan dalam hatinya (perkara yang baik ataupun buruk) dan dia malu kiranya orang lain tahu apa yang disimpan oleh hatinya itu… Agak-agak boleh faham tak ? Hehee..
Baiklah, hari tue aku ada kongsikan diari mengenai laptop aku kan ? Alhamdulillah, 2 hari yang lepas CPU fan dah sampai dan aku dah ganti kesemua spart-part tersebut (keyboard, wifi adapter & cpu fan).. Kos semua sekitar RM120 . Jimat banyak weih.. Hahaa.. Sebelum nie aku dah plan nak beli satu laptop, tapi bila fikir-fikir kembali, tak jadilah, sebab aku hanya gunakan ia bila berjumpa client sahaja (bagi sesi penerangan). Laptop berfungsi dengan baik, lepas nie aku nak install beberapa perisian bagi memudahkan kerja-kerja aku nanti.. Aku kongsikan gambar-gambarnya dibawah ye.. 🙂
Okay, bagi sesiapa yang ada laptop lama tue kan (yang dah rosak) kau orang just cari spare-partnya kat shopee atau lazada jer.. InsyaAllah ada. Boleh lah kalau kau orang nak DIY.
Cerita Mengenai Web
Baiklah, mengenai web pula.. Selain design web untuk client, aku ada jugalah bangunkan beberapa product web untuk diri sendiri. Actually kalau kau orang nak tahu, ramai designer atau developer nie sebenanrya tak mempunyai masa nak bangunkan product sendiri sebab busy bangunkan website orang lain (kalau ada masa tue, cuba nak try selit lah).. Haha.. Buat masa nie aku ada product sendiri iaitu hartanah.my, viral.my, images.my dan juga insta.my
Alhamdulillah, semalam dapat buat satu lagi web affiliate babyshop.my . Web nie mengambil product dari Lazada dan Shopee secara affiliate (Tapi lebih kepada Lazada, disebabkan lazada ada system affiliate diaorang sendiri). Jika Shopee terpaksa melalui involve.asia (kekurangannya, bila dah sampai cap budget shopee, link affiliate automatic takkan berfungsi).. Berapa banyak link nak tukar kat web.. Jenuh lah weih.. Hahaa..
Alhamdulillah, pagi tadi aku dapat email dari google menyatakan site babyshop.my layak diterima bagi menyertai google adsense. Kalau kau orang masuk web itu nanti akan nampak iklan-iklan dari Google. InsyaAllah, jika ada kelapangan masa aku akan terus bangunkan dan update product-product sendiri.. InsyaAllah untuk web client pula, untuk bulan 9 nie dah ada 3 orang yang slot-in. Mudah-mudahan rezeki aku akan dipermudahkan.. 🙂 .Okaylah ye, InsyaAllah nanti ada masa aku tulis lagi.. 🙂
Khairul Azahar Sharriffuddin
21 July 2020 2:45 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor.