Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 209 : Ramadhan Series – Kepulangan Adik..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, hari nie kita dah masuk ramadhan yang ke-19. Dah nak masuk 10 malam terakhir. Alhamdulillah, petang tadi aku dan adik aku (beeha) pergi ke KLIA1 untuk mengambil adik perempuanku yang paling bongsu (beela) yang diberikan kebenaran untuk pulang dari Sabah (Uitm). Lama dah dia terperangkap di sana semenjak 17hb Mac 2020. Kesemua kos pulang ke Semenanjung di tanggung oleh Kerajaan Malaysia. Kata adikku tadi, dia dapat tempat duduk di business class Malaysia Airline System (MAS). Rezeki dialah tadi sebab masuk lambat tadi (dah penuh)..

Aku sampai sana sekitar Jam 5:30 petang dan berbuka puasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Sampai sekitar jam 8:20 malam. Rindu juga aku dengan adik yang bongsu nie.. 🙂 . InsyaAllah semua adik-adik perempuanku akan berada di rumah sehingga kemasukkan bagi semester yang seterusnya (belajar dari rumah secara online). Lama tak drive jauh-jauh macam nie, jalan pun agak sesak juga tadi (ramai orang pulang dari tempat kerja)..

Tapi bila sampai di KLIA memang sunyi sepi.. rasa suasana yang agak janggal. Sempadan negara memang ditutup sepenuhnya daripada keluar dan masuk (bukan Malaysia sahaja tau).. Seluruh dunia begitu. Apalah nasib pekerja-pekerja dalam bidang nie.. kesian kat diaorang. Kemungkinan untuk mereka kehilangan pekerjaan adalah sangat tinggi.. Jom kita doa-doakan yang baik-baik untuk kehidupan mereka.. InsyaAllah akan diberikan kemudahan dan ganti yang lebih baik untuk mereka.. Aamiin.. 🙂

Okaylah ye, aku tulis ringkas-ringkas jer malam nie…. 🙂 .Rasa tak puas sangat bila tulis macam nie (baru nak panas badan). Sebenarnya walaupun nampak seperti aku kongsi semua perkara-perkara dalam hidup aku, tapi ada juga perkara-perkara yang aku tak kongsi pun (kepada public). Ada perkara yang perlu kita perlu simpan untuk pengetahuan diri kita sahaja. Itu rules (peraturan) yang perlu semua orang pegang..

Tapi janganlah terlalu berahsia sangat lah, nanti kau orang takkan enjoy dengan hidup ini, nak berkawan pun tak seronok (semua benda nak jadi rahsia kan).. okaylah, aku doakan semua orang yang baca blog nie sihat-sihat ye.. nanti kita jumpa lagi.. Assalammualaikum.. 🙂

Khairul Azahar Bin Sharriffuddin
12 Mei 2020 10:53 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 208 : Ramadhan Series – Mengejar Impian
Previous Post Diari 208 : Ramadhan Series – Mengejar Impian
Diari 200 : Ramadhan Series – Permulaan Dari Cerita Yang Baru..
Next Post Diari 200 : Ramadhan Series – Permulaan Dari Cerita Yang Baru..