Alhamdulillah, hari nie aku renew domain lelakiberlari.com untuk tahun kedua . Registration date untuk domain ini adalah pada 30/12/2018. Sekejap jer masa berlalu kan ?.. Dah dua tahun pun.. Hehee.. terlau banyak kisah yang tersimpan di dalam diari ini. InsyaAllah, ia akan ada sampailah aku tua nanti.. Hahaa 🙂
Apa cerita terbaru daripada aku ? Alhamdulillah, aku kini hidup sebagaimana kehidupan yang aku inginkan sebelum ini. Dah takde lagi stress tempat kerja yang perlu aku hadapi dan lalui setiap hari lagi.. Haha.. 🙂 . Serius aku dah tak mampu nak laluinya lagi, apa yang aku dah lalui cukuplah..
Sekarang nie dah bebas bekerja sendiri, semuanya aku perlu aturkan sendiri. Cumanya, aku agak sukar untuk menguruskan masa (pembahagian masa). Banyak perkara-perkara baru aku perlu belajar untuk adaptasi dengan situasi sekarang nie.
Seronok tak bekerja sendiri nie ? Jawapannya seronok jika kau tahu apa yang kau nak capai dengan bekerja sendiri nie. Ia bergantung dengan matlamat akhir setiap orang (sebab keperluan setiap orang tidak sama). Macam aku, niat aku nak bekerja sendiri nie disebabkan faktor kesihatan dahulu (selalu sakit), then disebabkan keinginan aku untuk mencapai sesuatu dalam kehidupan nie (aku perlu bebas untuk capai impian aku).
Pada pertimbangan aku, masuk kerja 8-5 (atau overtime sampai 10 malam) setiap hari takkan membantu aku untuk capai sesuatu dalam kehidupan nie. (pandangan peribadi). Sebab itu dari dahulu lagi aku selalu katakan, “kerja hanyalah kerja”, tak perlu nak serius sangat tentang kerja. Kerja hanyalah keperluan untuk terus hidup. Tapi tak nak sampai hidup dan semati dengan pekerjaan. Bagi aku zaman begitu dah berlalu (kesetiaan dengan pekerjaan kita)..
Itu pandangan aku lah 🙂 . Seperti yang aku katakan, keperluan & matlamat manusia tidak sama. Mungkin kau orang perlukan yang itu, tapi aku tidak. Mungkin aku perlukan itu, tapi kau orang pula tidak. Apa yang penting, jangan salah guna kuasa, jangan makan rasuah 🙂 .
Jangan pandang apa yang ada kat tangan orang lain, kerana bila kau pandangan apa yang ada kat tangan orang lain, kau akan rasa tak cukup dengan apa yang ada kat tangan kau orang…
Khairul Azahar Sharriffuddin
13 Oktober 2020 10:56 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor