Asalamualaikum Dan Salam Sejahtera..
Biasa tengok tak orang bawa basikal melakukan aktiviti senaman pada hujung minggu ?. Aku biasa jugalah tengok kat depan rumah aku nie (jalan utama). Nak kata trend, aku tak pastilah.. mungkin aktiviti bersenam menggunakan basikal nie kurang letihnya jika hendak dibandingkan dengan berjogging (pendapat aku lah).
Bila tengok diaorang berbasikal, teringat kembali zaman masa aku muda remaja dahulu.. Hehe.. Lama jugalah aku berbasikal, dari aku bersekolah menengah sehinggalah aku berumur 24 tahun 🙂 . Pergi sekolah naik basikal, bekerja naik basikal, dan belajar pun baik basikal.. Nak cerita semuanya, agak panjang.. Menarik juga dapat rasai pengalaman sebegitu..
Malu tak bila berbasikal ketika itu ? Secara peribadinya tak. Boleh dikatakan kehidupan aku sebenarnya agak susah ketika itu, berbeza dengan apa yang aku ada hari ini. Nak kata aku senang ketika ini, tak lah.. Tapi jika dibandingkan dengan apa yang aku ada dahulu, jauh sangat…
Pengalaman itu semua akan mendewasakan kita, Perlukah menjadi dewasa ? Ya, untuk mematangkan seseorang. Seseorang takkan menjadi matang tanpa melalui sesuatu perkara yang mendewasakan dia. (susah, senang, sedih, gelisah, gembira, itu semua adalah pengalaman).
Khairul Azahar Bin Sharriffuddin
30 Oktober 2021 11:08 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor