Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 228 : Terakhir 2021

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Waktu di desktop PC tepat menunjukkan jam 11:00 malam. Sempat lagi rasanya nak lengkapkan penulisan diari terakhir untuk tahun 2021 nie. Sebenarnya tak banyak sangat kisah yang menarik nak dikongsi. Ada up and down juga (silih berganti sepanjang tempoh waktu ini).

Seperti sedia maklum, kita baru sahaja keluar dan pulih dari ketidaktentuan disebabkan wabak virus covid-19 yang melanda negara pada akhir 2019 sehinggalah ke hari ini (masih lagi belum selesai). Ramai orang telah terkesan, terutama yang bekerja sendiri, yang memiliki perniagaan, ataupun pekerja swasta. Yang nie aku taknak hurai sangatlah, semua sedia maklum dan faham akan situasinya.

Secara peribadinya, aku tidak lah terkesan dengan situasi covid-19. Malah sebaliknya boleh dikatakan ia lebih memberikan manfaat bagi kehidupan aku. Banyak perkara nak cerita (boleh jadi perkara sangat peribadi untuk dikongsikan secara public).

Oh ya, satu perkara yang aku nak kongsikan. Boleh dikatakan aku dah free migraine (bebas dari migrain) pada ketika ini. Kejayaan terbesar bagi tahun 2021. Bagaimana aku lakukannya ? Ringkasnya, aku dah berjaya mengubah cara aku hidup. InsyaAllah, nanti aku dalam diari khas..

Okaylah ya, aku dah mengantuk nie.. nak tidur sangat.. Haha.. insyaAllah, kita berjumpa pada hari yang lain. Aku doakan sesiapa yang membaca diari aku nie, diberikan kebahagian dan ketenangan di dalam hidup di dunia dan akhirat…Aamiin.. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
31 December 2021 11:20 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 227 : November Challenge
Previous Post Diari 227 : November Challenge
Diari 229 : Terakhir 2022
Next Post Diari 229 : Terakhir 2022