Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Semalam secara rasminya adalah hari terakhirku bekerja. Kira genap setahun jugalah aku bekerja makan gaji kat tempat nie, aku masuk 26/11/2023 dan hari terakhirku bekerja adalah 26/11/2024.. Semenjak hari jumaat hari tue aku dah start cuti..(habiskan cuti annual leave).. Keputusan yang aku ambil nie adalah hasil daripada pertimbangan yang wajar, bagi aku lah..
Aku rasa boring sebenarnya.. Entahlah.. takde motivasi.. bangun pagi, fikir nak pergi kerja, masuk kerja.. bekerja.. makan tengah hari, balik kerja.. penat, makan tidur.. ulang-ulanglah benda yang sama setiap hari… Haishh.. Aku taknaklah macam nie.. Aku rindu feel macam dulu-dulu..Aku nak berniaga, ada kebebasan pada diri sendiri..
Jadi aku ambil keputusan dah taknak teruskan lagi. Alhamdulillah, sepanjang aku kerja nie, aku dah ada sedikit simpanan yang cukup untuk aku survive tahun hadapan, InsyaAllah.. Semua hutang, bil langganan, aku dah settlekan upfront untuk tahun hadapan. Sekiranya gagal, aku tak kisah untuk kembali bekerja makan gaji semula dan mengulanginya berkali-kali seumur hidupku dan sekiranya aku ditakdirkan gagal pun, tak mengapa.. aku puas hati sebab dah mencuba.. Journey bermula 2018, tetapi keinginan itu lebih lama daripada itu.. Kita tengoklah nanti bagaimana..
Baiklah, sedikit cerita berkaitan perniagaan sendiri. Alhamdulillah, bulan ini aku berjaya daftar syarikat kontraktor CIDB G1. Sebenarnya dah lama bercita-cita nak ada syarikat kontraktor. Tapi tuelah, modal tak berapa ada sangat dulu. Kali ini ia menjadi nnyata disebabkan ayah membantu daripada segi kewangan. Cuma STB (Sijil Taraf Bumiputera) yang masih belum diluluskan (permohonan ditolak kali pertama, disebabkan dokumentasi tidak lengkap), insyaAllah minggu depan aku akan reapply..
Di dalam bidang IT pula, insyaAllah itu adalah fokus utama ketika ini. Cuma aku nak berehat minggu ini, InsyaAllah akan bermula awal bulan december ini. Tengok lah macam mana nanti, taknak kongsi details sangat disebabkan terlalu banyak project yang aku sendiri pening nak bermula dari mana.. Haha…
Khairul Azahar Sharriffuddin
Kampung Sungai Buaya,
27.11.2024 9:18 Minit Malam