Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, baru sahaja tadi aku resubmit permohonan Sijil Taraf Bumiputera (STB) bagi kontraktor CIDB G1. Seharian jugalah aku cuba untuk melengkapkan semua butiran dokumen yang diperlukan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).. InsyaAllah mungkin esok akan dapat jawapan daripada pihak PKK sama ada diterima ataupun ditolak.. Jika permohonan ditolak juga kali ini (buat kali kedua), aku buat keputusan dah taknak submit buat kali ketiga dalam masa terdekat nie..
Mungkin juga disebabkan beroperasi di premis kediaman (aku tak pasti sama ada beroperasi di premis komersial adalah keperluan yang mandatori ). Kawan aku kata boleh je beroperasi menggunakan alamat kediaman dan dari hasil semakan di laman web juga mengatakan boleh.. Entahlah.. tunggu je lah esok.. haha..
Baiklah, petang nie nak cerita sedikit lah mengenai kisah yang terjadi minggu nie, aku rasa 26.06.2024. Petang tue, aku dapat notifikasi sms menyatakan nombor telefon yang aku gunakan sekarang nie (019-2092006) telahpun disekat dan digantung perkhidmatan dan bakal ditamatkan pada 3.12.2024... Terkejut beruk aku weihh… Gilaa.. Aku dah tak senang duduk.. resah.. gelisah tengok signal kat telefon pun emergency je.. Aku dah tak sedap hati.. “Apa gila kena suspended.. nak tamatkan perkhidmatan pula tue.. gila ke” kataku berseorangan..
“bukan aku dah topup ke setiap bulan” sambungku lagi, kemudian aku periksa log sms yang lepas.. Rupanya kali terakhir aku topup adalah 4.10.2024.. Tak sedar bulan nie aku memang tak topup langsung. Celcom pula sekarang nie limit bagi sampai 50 hari je, takde sms peringatan diaorang hantar pula tue untuk kali terakhir.. Aku pula jarang tengok sms, telefon selalu off, aku just guna nombor untuk whatsapp je..
Masalah utama adalah no telefon tue dah bind (terikat) dengan banyak agensi (kerajaan atau swasta), perbankan internet lagi.. Pokoknya semua urusan sekarang mesti kena guna no telefon tue (aku yakin orang lain pun sama juga)…Aku nak carut je masa tue, “apa suweyy lah nasib aku hari nie” haha…
Aku try cari solusi kat web dan akhirnya jumpa satu video tiktok.. Aku try ikut step yang brother tue ajar. Aku call celcom customer service (nie aku kasi nombor +6019-6011111) . Kalau call guna nombor celcom just dail 1111.. Tapi disebabkan nombor celcom dah kena block dan suspended.. aku guna no telefon lain lainlah untuk call customer service..
Aku kata kat staff, no dah kena suspended, macam mana nak aktifkan semula.. dia kata, masih boleh lagi, syaratnya kena beli topup kat 7elevan rm30, kemudian call semula untuk untu aktifkan talian. Masa call kali kedua tue, staff celcom akan minta no siri dan pin yang tertera di kertas…Lagi mudah kalau kau beli siap-siap topup RM30 kat 7elevan sebelum call customer service..
Tapi ingat ini untuk tempoh suspend dalam 7 hari tau, kena cepat-cepat lepas dapat sms suspend.. kalau lebih daripada itu, dah tak boleh nak di aktifkan lagi..Okay, itu ajelah aku nak kongsikan hari nie.. InsyaAllah tengok esok macam mana, aku akan kongsikan lagi perjalanan kehidupan seorang budak kurus yang bakal jadi jutawan suatu hari nanti. Haha..
Khairul Azahar Sharriffuddin
Kampung Sungai Buaya
28 November 2024 5:52 Minit Petang