Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 244 : Hadiah Kecil dari Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Dalam 2 hari ni ada lah beberapa benda tak best yang jadi. Tapi takpelah, aku kena terus bergerak ke depan. Taknak dah layan perasaan macam dulu-dulu, nak sedih sangat, nak down sangat. Apa yang jadi akan tetap akan terjadi. Aku kena belajar terima semua tu sebagai sebahagian daripada perjalanan hidup aku.

Kalau nak dibangin dengan waktu dahulu, jauh sangat beza. Dulu aku susah gila nak terima jika perkara macam nie terjadi.. rasa gelisah.. rasa bersalah. Tapi Sekarang… aku dah belajar untuk tidak peduli lagi, dan hati sudah tahu bila untuk melepaskan..

Penat sebenarnya nak jaga hati orang. Asyik kita je kena jaga hati orang lain, kan? Dalam English orang panggil “people pleaser” lah kononnya. Hahaha. Tapi kali ni cukup lah. Semua orang dah besar, semua orang ada kepala otak sendiri. Aku teringat mak aku pernah kata, “Kau yang nak macam tu, kan?”
Sekarang baru aku faham apa maksud ayat tu. Sebenarnya banyak benda dalam hidup, kita sendiri yang pilih. Bukan orang lain. Kalau kau nak sesuatu, itu datang dari keinginan kau sendiri. Kau yang buat keputusan.

Ayah aku pun selalu bagi kata-kata hikmah. Biasanya time aku drive dia keluar beli barang rumah, kami borak dalam kereta. Bulan lepas sempat sembang panjang, Ayah cakap, hidup ni cukup dengan apa yang ada. Kalau nak beli sesuatu, kalau ada duit baru beli. Kalau takde, takdelah… Tambah ayah, sebab tue nak pilih isteri jangan jenis yang minta itu.. minta ini.. tukar itu.. tukar ini.. susah..

Ayah memang jadi role model aku dalam banyak benda. Walaupun dia ada kekurangan sana sini, aku tetap respect dia. Sama macam mak aku. Sekarang, bila umur aku dah dekat 40 tahun ni, aku rasa “terima kasih” pun dah tak cukup nak gambarkan rasa aku untuk mereka. Nak bagi kekayaan? Entah sempat ke tidak… Tapi aku tahu, ayah dan mak aku dah cukup kaya untuk menghabiskan usia mereka dengan apa yang ada sekarang..

Sebagai anak, aku cuma mampu bagi apa yang aku ada ketika ini. Dan aku harap, usaha kecil ni jadi bekal untuk mereka di dunia dan akhirat. InsyaAllah. Alhamdulillah… hari ni aku nak kongsikan 4 projek kecil yang aku dedikasikan khas untuk mak ayah aku. Hari ini aku buat final adjustment untuk semua 4 website, kemaskan security, pastikan semua kebal dari aktiviti hacking. Semoga ada manfaat yang mengalir untuk mereka.


1. Mp3.my
Projek untuk sesiapa yang nak dengar bacaan Al-Quran secara online, siap dengan terjemahan Bahasa Melayu. Boleh dengar online, boleh download dan dengar offline.

2. Hadis.my
Projek kumpul koleksi hadis dalam Bahasa Melayu (lebih tepat Bahasa Indonesia sebenarnya, sebab Malaysia belum ada dataset hadis BM penuh). Tak apa, janji maknanya sampai.

3. Hadith.my
Projek kumpul koleksi hadis dalam Bahasa Inggeris. Aku ambil raw dataset dari GitHub, kemudian adjust semula supaya susunan cantik untuk SQL. Belum sempat semak semua, kalau kau orang ada jumpa salah ke apa, roger je aku terus.

4. Mengaji.my
Ini projek pertama antara semua. Fork dari Github, adjust sampai jadi design sekarang.
Boleh baca Quran, ada terjemahan, ada juga audio kalau nak dengar satu ayat satu ayat.


Ini adalah 4 projek kecil yang aku dedikasi kan khas untuk mak ayah aku. Semoga Allah swt terima usaha aku ni dan memberikan ganjaran pahala yang tidak putus-putus untuk mereka berdua…

Okeylah, aku rasa nak rehat kejap. Dalam 2-3 hari ni aku ada siapkan satu lagi projek kecil, lebih kurang macam blog platform gitu. InsyaAllah aku akan release nanti. Kalau korang nak try tulis blog secara anonymous ke, test-test dulu, boleh join lah nanti. Hahaha. Oh ya, aku ada target nak dapatkan satu domain best. Dah lama aku intai… harap-harap Allah mudahkan, amin. Kalau dapat nanti aku reveal lah domain apa. Doakan aku ya.. Jumpa lagi nanti.

“Tak semua penghargaan datang dalam bentuk harta. Kadang-kadang, satu usaha kecil yang ikhlas, cukup untuk jadi hadiah abadi buat mereka yang kita sayang.”

Khairul Azahar Sharriffuddin
Kampung Sungai Buaya, Rawang
12 Mei 2025 11:31 Minit Malam

Diari 243 : Berat Tak Naik, Azam Masih On: Kisah Untuk Berubah
Previous Post Diari 243 : Berat Tak Naik, Azam Masih On: Kisah Untuk Berubah