Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Hari ini 20 haribulan 6. Ulangtahun seseorang.
Seseorang yang pernah hidup dalam hati aku selama lebih 23 tahun. Dulu aku fikir… dia akan kekal. Aku percaya, walaupun jauh, walaupun tak bersuara, perasaan itu akan tetap ada sampai bila-bila. Tapi… beberapa bulan kebelakangan ini, aku mula tanya balik hati aku.
Masih ada ke? Atau dah lama hilang tapi aku je yang tak sedar?
Jawapan yang aku dapat? Aku dah tak cinta dia lagi. Takde rasa. Takde apa. Kosong.
Perasaan yang Aku Pendam 23 Tahun.. Kini Hilang
Aku sendiri pelik. Mana mungkin 23 tahun rasa itu hilang begitu sahaja kan?
Tapi bila aku renung dalam-dalam… mungkin selama ini aku bukan cinta. Mungkin yang aku simpan cuma rasa bersalah. Mungkin sebab kesilapan yang aku pernah buat, aku terikat dengan kenangan yang aku cipta sendiri.
Tapi sekarang, aku rasa ringan. Macam ada beban lama yang akhirnya terangkat. Aku rasa aku dah bebas. Dan kalau dia masih ada, atau tak.. aku cuma nak cakap:
“Aku minta maaf untuk segalanya. Dulu aku masih muda. Tapi 23 tahun ni dah cukup untuk jadi pelajaran. Aku doakan kau bahagia dunia dan akhirat.”
Itu saja. Dan itu juga penutup cerita dia dalam diari hidup aku untuk selamanya..
Jumaat yang Aku Ternanti-Nanti
Hari ini hari Jumaat. Kalau dulu, aku suka ponteng. Tapi sekarang, aku sendiri pun tak tahu mengapa setiap malam Khamis aku rasa tak sabar tunggu esok. Sebab apa? Sebab hari Jumaat nie… magis dia lain.
Hari yang Allah letakkan peluang rezeki, peluang perubahan, peluang untuk doa yang termakbul.
Aku teringat pesan guru kami, Allahyarham Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam:
“Selepas solat Jumaat adalah waktu istimewa..waktu pembahagian rezeki mingguan. Jangan cepat-cepat balik. Duduklah sekejap, berdoa, minta apa yang kita hajatkan.”
Aku pegang nasihat tu. Dan sampai hari ni, aku tunggu-tunggu Jumaat sebab disini adanya harapan.
Oh Ya… Tentang Seluar Putih Tu
Ya… masih tak jumpa. 😅
Aku dah cuba cari online, kedai fizikal… semua tak masuk size.
Nak pakai baju putih hari Jumaat memang sunnah.. tapi seluar putih ni satu hal pula. Susah betul nak jumpa size orang kurus tinggi. Haha…Tapi tak apa. Nanti aku update kalau aku berjaya jumpa. Siapa tahu, mungkin ada pembaca yang boleh tolong suggest? 😄
Studio Kecil, Harapan Besar
Sekarang aku tengah setup studio kecil kat rumah.
Bukan fancy. Cukup untuk rakam video vlog, share content, dan mula satu fasa baru dalam hidup aku.
Dulu aku menulis. Lepas ni… aku akan mula bercakap, walaupun tergagap-gagap..haha
Doakan aku ya. Semoga semua yang aku usahakan ni, Allah redha dan beri manfaat untuk orang lain.
“Ada benda yang kita perlu lepaska untuk beri ruang pada hidup yang baru masuk.
Kadang yang hilang itu bukan ujian… tapi pembebasan.”
Dan mungkin… bila hati kita akhirnya tenang, barulah kita faham kenapa Allah pisahkan sesuatu dari hidup kita.
Jumpa lagi di entry seterusnya. Doakan aku terus kuat, dan aku doakan kau pun sentiasa dilindungi dan diberi ketenangan.
Khairul Azahar Sharriffuddin
20 Jun 2025 12:00 Minit Tengah Hari
Kampung Sungai Buaya, Rawang