Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Salam Jumaat! Hari yang penuh barakah ini aku nak kongsikan sedikit perkembangan terbaru. Minggu ini aku sedang fokus untuk revamp balik laman web Hartanah.my, yang dah lama tertangguh. InsyaAllah, dalam 2-3 hari lagi siap sepenuhnya.
Dengan itu, lengkaplah segment hartanah yang aku bangunkan selama ini. Sekarang dah ada 3 platform utama dalam ekosistem ni:
- Hartanah.my — Portal senarai hartanah (listing)
- Perundinghartanah.my — Whatsapp URL shortener khas untuk perunding hartanah
- Hartanah.me — Platform biolink profil perunding
Aku ‘retire’ kan Hartanah.link sebab fungsinya dah redundant dengan yang lain. Tahun ni memang aku target untuk fokus habis-habisan dalam segmen hartanah ni. Tapi andai kata gagal juga, hujung tahun nanti aku tak teragak-agak nak jual terus. Hehe.
Sebenarnya, pernah dapat offer RM12k untuk domain Hartanah.my tahun lepas, tapi aku tolak. Bagi aku, nilai dia lebih daripada tu, rm12k sekejap je habis, tapi kehilangan apa yang aku perjuangkan selama ini. Sekarang aku anggarkan kalau semua platform ini stabil dan ada traction, value pasaran boleh cecah RM60k–RM120k, dan mungkin lebih tinggi bila user base semakin berkembang.
Tapi andailah suatu masa nanti, jika ada offer RM2 juta, aku jual terus… haha.. Retire, beli tanah, jadi petani sepenuh masa dan buka shelter untuk kucing jalanan. Itu memang impian jangka panjang aku. Apa aku buat sekarang ni semuanya menuju ke arah itu sebenarnya.. Doakan ya!
Kos Maintain Platform, Domain & Software
Nak jalan semua ni kos memang tinggi .. dari domain, server, software license, marketing tools, jumlahnya ribuan ringgit setahun. Ada je tools percuma, tapi hasil tak sama macam yang berbayar.
Sekarang aku maintain lebih 20 domain aktif, dengan kos purata RM100/domain setahun. Belum masuk server, design tools, CDN, email, automation, backup tools, dan AI tools.. semuanya kena ada, barulah kerja jalan lancar.
Jadi memang kena usaha juga jana income dari semua sudut, Shopee affiliate, content video, produk digital. Kalau tak, platform yang aku bangunkan ni takkan bertahan lama.. semua nak kena maintain.. hampir 90% produk aku adalah percuma.
Shopee Affiliate & Studio Mini
Dua hari lepas aku baru tahu, rupanya boleh upload video untuk Shopee Affiliate. Padahal aku dah lama jadi affiliate dia, pernah jugalah buat blog post tentang produk. Tapi macam yang aku selalu cakap, blog dah tak power macam dulu sejak AI masuk arena.
Bila aku tengok balik akaun Shopee, boleh je buat video ringkas, review produk dan dengan jumlah barang yang aku dah beli kat Shopee, memang rugi tak buat awal-awal, sebab memang banyak aku beli barang kat shopee sebelum ini. Status aku kat Shopee pun dah user platinum, sebab belanja banyak. Sebulan antara RM500–RM800 sebulan, sebab beli makanan kucing dan keperluan diri. Kadang-kadang lebih. Bulan lepas je cecah RM4k, sebab setup studio mini, lighting, mic, phone, background dan sebagainya.
Terus aku subscribe CapCut Pro untuk untuk dapatkan kualiti video editing yang lebih baik. Sebelum ni pakai InShot, tapi dia punya subtitle tak berapa cun. Jadi terpaksa upgrade sikit, sebab nak buat video nampak lebih profesional. Aku belum mula record lagi, sebab nak settle kerja untuk segment hartanah dulu. Lepas tu, baru fokus ke content creation. Barang-barang banyak lagi tak buka.. nanti bila rakam video pertama, korang akan tengok lah semua yang aku beli. Hahaha..
Jumaat: Hari Doa & Rezeki Baharu
InsyaAllah, minggu depan aku harap banyak perkara baik akan masuk. Hari ni, Jumaat yang barakah, aku nak siapkan diri untuk ke masjid dan pakai pakaian terbaik, seperti mana yang disebut dalam Quran. Semoga ada rezeki baik dan ilham baru yang datang minggu ini. Doakan aku ya, moga semuanya berjalan lancar.
“Kadang kita tak sedar… usaha kecil yang kita buat hari ni, bakal jadi sebab orang lain kenal erti manfaat esok. Jangan tunggu yakin baru mula… mula dulu, nanti keyakinan akan datang perlahan-lahan.”
Khairul Azahar Sharriffuddin
18 July 2025 10:47 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Rawang