Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 256 : Migrain, Hospital & Cabut Gigi

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Hai! Hari ni aku menulis awal sikit, sebab kejap lagi ada kerja nak buat. Nanti tak sempat nak menaip. Hari Jumaat kan hari menulis sedunia untuk lelaki berlari… 😂. Baiklah, aku rangkumkan perjalanan minggu ni…


Isnin – Migrain Serang, Plan Tergendala

Pagi Isnin aku tak dapat bawa mak aku ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan mata. Puncanya, migrain. Sakit dah mula sejak petang Ahad dan berlanjutan sampai pagi Isnin. Malam tu pun susah nak tidur sebab kepala dan leher rasa berdenyut.

Bangun pagi, rasa sakit masih ada. Lepas bincang dengan mak, dia cakap tak apa kalau aku tak dapat bawa. Sebab walaupun aku boleh hantar, nak memandu balik tu risikonya besar kalau kepala masih sakit.


🚗 Selasa Ke Seremban & Singgah Jumpa Pakcik

Hari Selasa, aku dengan mak gerak ke Seremban, Negeri Sembilan untuk selesaikan satu urusan penting. Alhamdulillah, settle!

Lepas tu sempat singgah ke Senawang jumpa pakcik aku. Seronok pergi sana. Kalau ada masa lapang, memang aku suka turun. Cuma tak boleh tidur sana sebab… kucing aku kat rumah tunggu. Selalunya aku pergi malam, balik awal pagi… atau pergi awal pagi dan balik tengah hari.


Rabu – Hospital Selayang Lagi (Medical)

Rabu aku bawa mak ke Hospital Selayang untuk appointment medical. Semua okay, masih maintain macam bulan-bulan lepas.

Cuma… kolesterol tinggi.
Aku dah agak, sebab ubat kolesterol kena makan waktu malam sebelum tidur. Dan… mak aku selalu ‘terlepas’ makan sebab masa tu dia makan sendiri. Ubat lain macam kencing manis, aku yang sediakan waktu pagi, jadi tak ada alasan untuk skip. Sekarang aku dah siap-siapkan ubat kolesterol waktu petang untuk pastikan mak makan.

Aku juga minta doktor buat jadual pemakanan khas untuk mak. Appointment bulan depan dah set untuk jumpa nutritionist. Senang sikit nak tahu apa yang boleh makan dan apa yang tak. Appointment buah pinggang pula dalam bulan 9 atau 10 nanti.


🦷 Khamis – Cabut Gigi Bongsu

Semalam aku ke klinik gigi untuk cabut gigi bongsu bahagian atas. Bulan lepas masa buat scaling, doktor dah pesan gigi tu patut dicabut. Alhamdulillah, proses berjalan lancar. Tak sakit sangat pun. Dalam 3-4 bulan lagi, aku akan check gigi semula. Sekarang dah masuk usia nak cecah 40-an, semua benda kena jaga:

  • Rambut (aku dah mula gugur sikit… dulu tebal, mungkin sebab kesan makan ubat dulu 😅)
  • Mulut & gigi
  • Badan
  • Penampilan, kena kemas dan wangi

💬 Refleksi Minggu Ini

Kalau kau tak jaga diri sendiri, jangan harap orang lain akan jagakan untuk kau. Yang penting, kau kena utamakan kesihatan dan kebahagiaan diri sendiri dulu.Bukan untuk sesiapa… tapi untuk diri kau sendiri.

Aku bukanlah banyak pengalaman, tapi yang sedikit inilah yang banyak mengajar aku, macam mana nak hadapi hidup dan berinteraksi dengan manusia.

Kadang-kadang, hidup bukan soal apa yang kita capai hari ini, tapi bagaimana kita terus melangkah walaupun langkah itu kecil. Setiap hari adalah helaian baru dalam diari kita, ada yang penuh warna, ada yang kusam, tapi semuanya menyumbang pada cerita besar yang sedang kita tulis.

Lelakiberlari

Khairul Azahar Sharriffuddin
8 Ogos 2025 8:14 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Rawang

Diari 255 : Release Video Pertama & Dunia Baharu Dah Mula Terbuka
Previous Post Diari 255 : Release Video Pertama & Dunia Baharu Dah Mula Terbuka
Diari 257 : Melepaskan yang Lama, Menyambut yang Baru
Next Post Diari 257 : Melepaskan yang Lama, Menyambut yang Baru