Assalamualaikum dan selamat sejahtera…
Salam Jumaat yang barakah. Hari menulis bagi lelaki berlari… haha. Aku dah plan, lepas ni hari Jumaat akan jadi hari santai je. Bukan tak buat kerja langsung, tapi kerja-kerja “ringan” je, menulis, editing video, dan maintenance web. Hari-hari lain tue aku ada banyak perkara nak buat…
Okay, recap minggu ni. Alhamdulillah, aku dah “let go” domain campsite.my, sembang.my, dan hampir 10 domain lain sekali gus. Semua domain yang takde hala tuju jelas aku clearkan terus. Taknak bazir masa dan duit untuk maintain benda yang akhirnya cuma jadi pengacau fokus. Benda macam ni bahaya… dia buat otak kita gatal nak “buat itu, buat ini”, tapi last-last projek utama tergendala. Yang bestnya, hasil jualan domain-domain ni… macam gaji sebulan kerja, tapi cuma ambik masa 5-10 minit untuk settle. Syukur Alhamdulillah.
Perkembangan untuk minggu ini, aku sempat siapkan dua projek baru untuk segmen Islamic dan update beberapa projek sedia ada.
Projek pertama — WaktuSolat.com.my
💻 https://waktusolat.com.my
Projek ni guna API dari waktusolat.app, yang datanya direct daripada JAKIM. Terima kasih kepada penyedia API. Semoga Allah swt balas kebaikan bagi kalian serta keluarga di dunia dan akhirat. Web ni membolehkan pengguna semak waktu solat terkini bagi semua zon di Malaysia.
Projek kedua — Qari.my
💻 https://qari.my
Cerita dia macam ni… aku tengah fikir nak buat projek baru, tiba-tiba aku try whois domain qari.my. Terkejut gila bila nampak domain tu available! Dulu domain ni ada pemilik, tapi entah kenapa dah lepas. Aku terus register, dan mula cari API sesuai. Jumpa API daripada alquran.cloud, yang ada data bacaan lebih 128 qari seluruh dunia. Siap integrate dan launch web ni dalam sehari. Alhamdulillah Allah swt mudahkan semuanya..
Update projek sedia ada:
- MP3.my — tambah fungsi continuous play, ikut permintaan user. Jadi bila habis satu surah, dia auto main surah seterusnya. Sesuai untuk orang yang connect Bluetooth dalam kereta.
- Hadis.my & Hadith.my — sekarang dah boleh cari ikut nombor hadis. Ini penting untuk rujukan dan pengesahan. Hadith.my banyak digunakan user luar negara, dan Hadis.my, alhamdulillah ketika ini berada di rangking teratas di laman web carian google bagi carian keyword “hadis”.
Sekarang fokus aku adalah clearkan domain-domain yang tak sehaluan dengan plan utama. Tahun depan dah nak masuk 40… masa makin suntuk, stamina dah tak sama… haha.. Benda paling aku jaga sekarang: kesihatan, fokus, dan projek yang betul-betul beri impak.
Hari Jumaat ni, macam biasa, adalah hari pembahagian rezeki. Banyakkan doa, minta rezeki yang baik-baik: bukan setakat duit, tapi juga kesihatan, ilmu, pasangan hidup, sahabat yang ikhlas, peluang baru, dan jalan yang Allah redha.
“Kadang-kadang, kita terlalu sibuk berlari sampai lupa untuk singgah menghargai apa yang kita dah capai. Hidup ni bukan tentang berapa banyak yang kita kumpul, tapi berapa banyak yang kita lepaskan supaya hati kita ringan. Lepaskan yang tak bawa kita ke mana-mana… dan fokus pada jalan yang betul-betul bawa kita pulang.”
Lelakiberlari
Khairul Azahar Sharriffuddin
15 Ogos 2025 9:30 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Rawang

