Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Salam Jumaat, selamat bertemu kembali. Minggu ni aku tak busy sangat, bukan sebab aku nak rehat, tapi sebab aku jatuh sakit.. haha. Bermula Isnin hari tu, tekak mula perit, lepas tu batuk, demam, selsema, semua datang sekali pakej. Sampai hari ni masih batuk lagi. Memang tak larat nak pergi solat Jumaat, badan masih lemah. Malam tadi mata aku berpinar-pinar, macam nampak kristal warna-warni gitu. Punca dia? Biasalah, kerja depan komputer lama sangat. Nasib baik dah malam, boleh terus tidur je.
Walaupun badan tak sihat, aku tetap cuba buat benda kecil-kecil. Alhamdulillah, minggu ni aku dah mula update database mengaji.my. Laman web Al-Quran online ni aku nak kemaskini semula terjemahannya mengikut syarat KDN, iaitu Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, tafsir rasmi Bahasa Melayu terbitan JAKIM. Sekarang baru siap sampai Surah Al-Baqarah, target aku hujung bulan ni selesai semuanya, insyaAllah.
Lepas tu, ada projek besar aku tengah fikir iaitu buat terjemahan audio Al-Quran dalam Bahasa Melayu berdasarkan tafsir rasmi tu. Setakat ni memang tak ada versi bebas hak cipta untuk kegunaan umum. Kalau jadi, mungkin suara aku sendiri kot π sebab nak upah orang memang modal besar. Bayangkan, ada 6,236 ayat nak direkod & edit. Projek ni mungkin makan masa panjang, tapi aku percaya hasil dia insyaAllah bermanfaat.
Plan aku bukan berhenti kat situ. Aku nak bangunkan API & CDN streaming audio Al-Quran dalam Bahasa Melayu, supaya developer lain boleh guna untuk app & website. Sekarang ni banyak untuk bahasa Arab atau English, tapi ekosistem penuh dalam Bahasa Melayu masih kosong. Jadi, biarlah aku cuba isi ruang tu.
Oh ya, insyaAllah minggu depan aku akan release produk baru: AI Sales Page Generator π. Bayangkan, boleh bina sales page dalam masa 1 minit je guna teknologi AI. Sekarang tengah finalize untuk beta stage. Kalau semua okay, minggu depan kita launch. Baiklah, setakat ni dulu. Doakan aku cepat sembuh ya, supaya perjalanan projek ni lancar. InsyaAllah kita sambung lagi Jumaat depan.
βKadang sakit ni datang sebagai isyarat supaya kita berhenti sekejap, tapi jangan salah faham, berhenti bukan bermaksud putus. Ia sekadar rehat sebelum teruskan jalan panjang. Sihat atau sakit, langkah kecil tetap lebih berharga daripada duduk diam tanpa arah.β
lelakiberlari

