Assalammualaikum dan salam sejahtera…
Selamat menyambut kelahiran Nabi Muhammad S.A.W hari ini, selawat dan salam buat baginda, kaum keluarga dan para sahabatnya. πΈ Hari nie rasanya semua bercuti.. tapi badan aku pula rasa nak demam, mungkin sebab semalam petang kena hujan. Nak buat macam mana, rehat je lah dulu. Oh ya, hari ini juga hari menulis untuk lelaki berlari.. haha.. dah pukul 11 pagi baru sempat mula.
Minggu nie aku buat ringkasan perjalanan je lah ya, tak larat sangat. Alhamdulillah, aku berjaya release projek baharu iaitu Viral.my (AI Sales Page Generator) π. Projek ini antara yang paling advanced, sebab ia menggabungkan beberapa subdomain (*.viral.my, *.hartanah.my dan *.hibah.my) di bawah satu platform. Buat masa sekarang aku buka untuk kawan-kawan daftar dahulu. InsyaAllah minggu hadapan, aku akan lock platform-platform utama bagi tujuan seterusnya.
Aku mula nampak ruang untuk masuk bidang training, sebab aku dah ada ekosistem yang lengkap untuk itu. Jujur, tak sangka laju juga progress kali ini. Kalau dulu nak bangunkan platform memang sukar, sekarang dengan AI semua lebih mudah. AI bukan ancaman, malah ia pemudah cara… Banyak perkara-perkara ajaib boleh buat sebenarnya.. Zaman sekarang orang dah tak perlu jadi kreatif lagi, tetapi perlukan imaginasi untuk capai sesuatu yang mustahil sebelum ini..
Sekarang ni orang lebih suka cepat dan ringkas, tak nak bazir masa dengan platform yang rumit. Kecuali hiburan, ya.. itu memang orang sanggup luangkan berjam-jam. π InsyaAllah minggu depan aku akan mula siapkan satu lagi platform, iaitu AI Chatbot yang akan melengkapkan ekosistem ini. Doakan aku ya.
Banyak lagi plan, tapi semua perlukan modal besar.. haha. Buat dulu yang boleh dicapai dengan apa yang ada. Untuk minggu nie, aku rehat dulu sebab badan kurang sihat. Jarang aku demam, biasanya cuma sakit kepala je..
βKadang-kadang badan yang tak sihat pun ada hikmahnya, ia buat kita berhenti sekejap, muhasabah, dan kumpul tenaga untuk larian seterusnya. Macam mana pun, jangan berhenti percaya pada perjalanan.β
Lelakiberlari
Khairul Azahar Sharriffuddin
9 September 2025 11:18 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Rawang

