Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Beberapa hari ni cuaca memang tak menentu, sekejap hujan , sekejap panas 🌞. Ada juga aku dengar beberapa tempat banjir teruk, terutama kat Sabah. Tapi pelik jugak, tak viral macam dulu-dulu kat social media. Tak pasti kenapa… jadi susah nak ulas sebab info pun tak lengkap. Harapnya semua yang terlibat dapat bantuan sewajarnya .
🏥 Hospital & Mak Demam
Minggu ni aku bawa mak ke Hospital Selayang untuk ambil darah, sebab awal bulan 10 nanti baru nak jumpa doktor. Pagi tu hujan turun, aku dah agak mesti hospital penuh sebab 15 & 16 haribulan cuti, so confirm ramai datang 17hb serentak.
Tapi Alhamdulillah, bila sampai tak seramai yang aku bayangkan. Mungkin sebab hujan, ramai orang lambat sampai. Jadi aku dapat nombor giliran yang agak cantik juga lah. Dalam pukul 9:15 pagi, semua urusan dah settle .
Cuma balik hospital tu mak pula demam 🤒. Mungkin terjangkit, biasalah kat hospital ramai orang sakit. Aku harap mak cepat sembuh sebab lepas ni kena jumpa doktor pula. Hari tu aku yang demam, kali ni mak pulak. Gilir-gilir nampaknya.
💻 Projek Minggu Ini
Untuk projek pulak, insyaAllah minggu ni aku akan release versi baru untuk mengaji.my. Revamp penuh dengan fungsi-fungsi baru, dan paling penting ada terjemahan lengkap Bahasa Melayu ikut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Alhamdulillah Allah mudahkan jalan ni .
Selain tu, aku dah beli beberapa domain baru yang related untuk bina ekosistem Islamic segment ni. Aku plan nak tambah Online Radio, sekarang tengah study cara nak implement. Tapi macam biasa, kena pastikan ekosistem cukup lengkap dulu.
InsyaAllah, selepas tu aku nak fokus untuk translate penuh audio Quran ke bahasa Melayu (mp3.my). Yang ni memang projek besar sebab kena recording + editing manual. AI boleh tolong sikit, tapi tak semua proses boleh automate.
🐱 Mood Hilang Sebab Kucing
Hari ni aku rasa malas sangat nak menulis… mood hilang 😔. Sebab 2 hari lepas, kucing aku hilang lagi. Tak tahu kenapa, sejak kebelakangan ni banyak kucing aku keluar rumah terus tak balik. Stress bila fikir pasal ni. Kadang aku rasa penat…
“Kadang hidup ni penuh kehilangan, ada yang kita lepaskan, ada yang hilang tanpa sempat kita genggam. Tapi jangan lupa, setiap ruang kosong tu Allah isi dengan hikmah. Yang penting, kita terus melangkah walau hati tak selalu kuat.”
Lelakiberlari
Khairul Azahar Sharriffuddin
Kampung Sungai Buaya, Rawang
19 September 2025 11:53 Minit Pagi

