Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 264 : Dua Minggu Hilang, Banyak Cerita Balik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, berjumpa lagi minggu ni selepas dua minggu “absent” .
Jumaat pertama tu aku demam 4 hari, memang teruk weih. Bangun pun rasa berpusing, macam mabuk laut (mungkin bakal isteri aku tengah mengandung dengan suami dia sekarang kot… hahaha). Orang selalu cakap, kalau lelaki demam, macam nak mati, dan ya… aku sahkan kenyataan tu betul! 😂

Jumaat kedua pulak aku tak menulis sebab sibuk dengan majlis pertunangan adik aku . Walaupun aku tak buat apa sangat, datang makan je, haha… tapi bab “small talk” dengan belah lelaki tu mencabar juga. Aku kan introvert self-claimed… memang kena kumpul tenaga mental dulu sebelum berbual. Hahaha.


Projek Minggu Ini

Alhamdulillah, minggu ni aku berjaya release versi baharu Hartanah.my.
Kali ni memang killer update 🔥, perunding hartanah boleh upload CSV file je, terus siap listing! Tak perlu dah nak masukkan satu-satu detail. Senang, cepat dan pantas, sebab semua orang sekarang nak cara mudah.

Aku juga baru release database transaksi seluruh Malaysia kat data.hartanah.my untuk jadi panduan kepada perunding dan juga prospek nak semak data transaksi terkini. Boleh kata ini antara projek paling useful aku tahun ni.

Untuk Islamic segment pula, aku tengah kemaskini zikir.my dengan data baru. Warna tema pun tengah aku adjust lagi, tengoklah petang nanti kalau sempat aku sambung. Alhamdulillah sambutan makin baik, terutama hadis.my yang makin naik ranking kat Google. Minggu lepas pun ada beberapa pelajar universiti WhatsApp aku sebab nak jadikan laman tu sebagai rujukan tugasan. Seronok bila usaha kecil ni ada guna untuk orang lain.


Fokus Baharu

InsyaAllah, lepas ni aku akan discontinue beberapa produk yang tak beri impak besar. Buat apa nak belanja duit dan masa kalau orang tak guna kan? Lebih baik aku fokus pada projek yang betul-betul bagi manfaat untuk masyarakat. Tahun depan aku nak simplify semuanya, kecil tapi mantap.


Okeylah, aku nak keluar awal hari ni. Nak basuh kereta adik aku dulu sebelum terus ke masjid untuk solat Jumaat. Moga minggu depan kita jumpa lagi, insyaAllah.

“Kadang kita kena lepaskan benda yang tak lagi beri nilai, supaya kita boleh tumpukan tenaga pada perkara yang betul-betul hidupkan jiwa. Sebab tak semua yang besar itu penting, dan tak semua yang kecil itu sia-sia.”

lelakiberlari

Khairul Azahar Sharriffuddin
17 October 2025 10:49 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Rawang

Diari 263 : Revamp Mengaji.my & Misi Terbangkan Drone Pertama
Previous Post Diari 263 : Revamp Mengaji.my & Misi Terbangkan Drone Pertama
Diari 267 : Bila Masa Lalu Mengetuk Pintu
Next Post Diari 267 : Bila Masa Lalu Mengetuk Pintu