Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Baru aku perasan, sekarang dah masuk pukul 12 minit malam.. 1.1.2026.. sibuk nak siapkan projek, keseluruhan ada dalam 15 projek sedang berjalan.. mudah-mudahan Allah swt permudahkan semuanya.. InsyaAllah.. hari ini hari jadi ayah, jap nak wish dahulu.. hehe…adui, tak sempat nak send, baru taip selamat hari jadi ayah.. nak send telefon habis bateri.. haha… charge dulu… baik, aku teruskan perkongsian diari hari ini ya..
Alhamdulillah, tahun ini aku mencapai usia 40 tahun dan ayah 64 tahun.. Dah jauh kan perjalanan hidup ini ? Aku teringat ada satu doa khusus yang ada di dalam Al-quran bagi seseorang yang dah mencapai usia 40 tahun di dalam surah Al-Ahqaf: 15 :
“Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.
Semoga menjadi titik kematangan di dalam hidup aku.. Adakah aku takut mencapai usia begini ? Ya, perasaannya lain, sebab dah rasa dah tak banyak lagi masa yang tinggal. Aku teringat, dahulu arwah Nenek pernah kata kat aku, umur macam dia macam-macam perkara akan difikirkan..
Personally, aku nak tau, apa fikiran orang yang dah hampir ke usia senja, yang dia tahu usia yang dah hampir-hampir untuk bertemu penciptanya.. memanglah orang kata, mati tak kenal usia, tapi “rasa” tue berbeza bila kau dah sampai usia yang begitu…
Aku tak takut untuk hidup sendiri… tak.. orang kata, kalau tak kahwin, akan hidup sendiri, mati sendiri.. Serius..tak sampai situ fikiran aku, takkan nak kahwin sebab takut mati sendiri kan ?.. bagi aku macam tak logik dan pelik je berfikir seperti itu, yang logiknya, adakah aku akan sendiri lepas mati ? berapa lama keadaan sendiri itu lepas mati, adakah selamanya ? adakah aku dah tak jumpa lagi orang yang aku sayang selepas itu ? apa akan jadi lepas mati, takut, sunyi, sendiri ? … pertanyaan nie, selalu berlegar-legar dalam fikiran aku..
Hurmm.. lagi banyak persoalan, bertambah lagi pertanyaan yang tiada jawapan kan ?.. Macam tulisan serius je malam nie kan ? haha.. lama tak menulis macam nie, Oh ya, aku ada buat satu SAAS untuk diari, projek nie hampir dah nak siap.. nanti aku share kan.. sesuai untuk orang yang nak terapi diri melalui penulisan.. ada banyak sebab orang menulis..
Sebenarnya hidup ini indah je, kalau kau pandai buat sesuatu untuk potretkan perjalanan hidup kau, tak kisahlah melalui gambar ke, video ke, penulisan ke.. disebabkan aku tak pandai nak ambil gambar dan video, jadi penulisan adalah salah satu cara yang aku boleh buat.. Tak bermakna kau tak dapat abadikan kisah hidup kau melalui semua itu, hidup kau tak best.. hidup adalah best, jangan downgradekan nilai hidup nie.. okaylah ya, aku nak tidur lah, dah mengantuk.. Selamat tahun baru 2026
“Pada usia ini, aku belajar bahawa hidup bukan tentang berapa lama telah aku berjalan dan berlari, tetapi sejauh mana aku sedar siapa yang menuntun langkahku, dan kepada siapa sebenarnya akhirnya langkahku akan berakhir ”
lelakiberlari
Khairul Azahar Sharriffuddin
1 January 2026 12:28 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Rawang
