Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 36 : Si Pipi Merah

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Petang ini aku akan bertolak ke Negeri Sembilan (Senawang) untuk menghantar keluargaku bercuti disana. Rasanya aku nak balik malam ini juga, sebab ada kerja yang ingin diselesaikan. Bukan senang nak ada cuti macam ini kan..

Disebabkan malam tadi aku tak menulis diari (tidur sampai ke pagi).. Aku nak ceritakan serba sedikit kejadian yang berlaku pada hari sabtu lepas. Hari yang mana mood aku “totally out”.. Jarang aku ada masalah macam itu (sampai aku rasa down sangat).. Kejadian ini sebenarnya bermula pada hari jumaat, tapi terbawa-bawa sampai ke hari sabtu (tempat kerja)..Tapi ada hikmah yang aku dapat daripada kejadian itu..

Hari itu, aku masuk dalam plant seperti biasa (dengan muka tak berapa nak ceria).. Lepas itu aku ceritalah serba sedikit masalah aku kat abang syokeri dengan abang zul.. Alhamdulillah lepas aku dengar nasihat mereka, aku kembali positive..

Petang itu masa kat kantin, aku berdiri dan berseloroh .. “Saya sebagai pengasas group steady, meminta maaf disebabkan kelakuan saya pagi tadi yang tak berapa nak steady, saya minta maaf kepada ketua pemecatan ahli (abang saga) dan ahli majlis tertinggi (abang zul) dan ahli-ahli yang lain, saya janji tidak akan mengulanginya” . Haha.. 🙂

Kitaorang ada satu group. Namanya group geng-geng steady. Group nie khas untuk orang-orang yang steady (selalu ceria) walaupun apa sahaja masalah..Sekarang keahlian dah ditutup (dah penuh).. Sekarang cuma nak singkirkan ahli yang tak berapa nak steady jer (selalu masam jer kat tempat kerja) Hahaha..:-) ..

Ini semua disebabkan oleh “si pipi merah” lah aku jadi macam ini. Ishh.. Bahaya betul kan orang perempuan.. Dia boleh buat kita tak lalu makan, boleh buat kita selalu termenung, dan boleh buat kita sampai kemurungan.. Lepas ini, aku dah takkan “turunkan diri” sejauh itu untuk orang perempuan lagi.. Cukuplah 18 tahun..

Okaylah ye, aku nak siap-siap kasi kucing makan dulu kat kandang.. Lepas itu bersiap nak bertolak ke Negeri Sembilan. InsyaAllah, jika sihat, aku akan pulang semula malam ini juga.. Assalammualaikum… 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
3 Februari 2019 4:40 Minit Petang
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 35 : Rasa dalam Hati
Next Post Diari 37 : Masa Lalu