Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Hari ini aku balik awal (5:30 Petang)..Haha..Rasa puas hati sangat.. Alhamdulillah..Tapi yang tak bestnya kan, masa aku tengah menulis nie, kepala aku rasa sakit sangat. Aku dah start kena serangan migrain..Tapi takpe, aku kuatkan juga..Aku dah biasa sakit, InsyaAllah aku dah belajar cara nak kawal kesakitan tue…
Okay, petang tadi aku pergi ke Rawang sekejap, beli makanan kucing satu beg (21kg). Dalam sebulan aku akan pakai lebih kurang 2 beg..Haha. Kucing banyak sangat. Ayah aku setiap kali balik kampung jer, mesti dia bising..Haha.. Selalunya aku akan bawa balik kucing yang jumpa kat tepi jalan balik ke rumah..
Kat Dimal sahaja aku dah bawa balik 3 ekor kucing..Kalau perasan gambar profile dalam web ini, itu namanya Samsiah (abang Syokeri yang kasi nama).. Haha.Aku bawa balik dia sehari selepas aku operation mata (lasik)..Hanafi WhatsApp aku, kata Samsiah dah balik, dia tengah makan kat Kantin. (Aku ingat dia dah hilang)..Cepat-cepat aku datang drive bersama abangku untuk ambil Samsiah balik kat rumah aku.. Alhamdulillah baru lepas beranak..4 ekor anak kucing.. 🙂
Ikutkan Planning, malam nie memang banyak kerja aku nak buat. Tapi takpelah..Nak buat macam mana kan ? tengah sakit.. Jarang aku sakit kepala waktu malam..Mungkin sebab petang tadi agaknya, dengar suara “tinggi-tinggi” macam tue..Aishhh.. 🙂
Aku ingat nak bersenam jer malam nie.. 🙂 . Okay, berat aku dah start naik ke 63 Kg dari 60 Kg. Naik 3KG dalam seminggu..Haha.. Kali ini aku mesti menang.. 🙂 . Aku dapat rasa otot aku dah start mula naik..Haha (bukan perasan ye). Aku nak badan aku “berketul-ketul” masa aku kahwin nanti..Hahaha..(Jangan Ketawa ye)..InsyaAllah.. Ehh…Malam nie, malam jumaat lah…Tengah hujan lebat nie..
Esok aku nak bawa Bekal makan tengah hari sendiri. Aku nak kawal cara makan aku pula, aku kena bangun lebih awal lagi..nak masak-masak..Basuh kandang kucing..kemas rumah sikit-sikit..InsyaAllah dah tak lewat datang kerja lagi..
Okay, kepala aku dah betul-betul sakit nie..Kejap lagi aku nak hantuk kepala aku kat dinding.. 🙂 . Alhamdulillah malam nie hujan…sejuk sikit. Tadi masa aku drive balik kerja, aku terfikir satu perkara, “aku takkan berhenti kerja kat Dimal nie selagi aku tak buat 2 perkara ini”. Nak tau apa perkara ? .. 🙂
Okey lah ye..Aku dah rasa nak muntah nie..kepala pusing-pusing..loya.. Takperlah..Ini bahagian aku…Aku redha…Tapi aku nak buat 2 perkara nie sangat-sangat..InsyaAllah..Ya Allah Makbulkan doa Hambamu ini.. 🙂
Khairul Azahar Bin Sharriffuddin
10 January 2019 8:26 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor