Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 109 : Gerimisnya Aksara Hati

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, dah selamat sampai di rumah. Hari ini, aku pulang seorang sahaja meninggalkan Ibu dan Atok di Negeri Sembilan. Esok aku bekerja semula selepas hampir seminggu bercuti Hari Raya. Aku bertolak dari sana tadi sekitar jam 4:10 minit petang dan sampai di rumah dalam pukul 8:20 malam. InsyaAllah, minggu depan aku akan mengambil mereka pulang kesini..

Ketika pulang tadi, aku tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas di Pusat Bandar. Time orang balik kerja tue..(lenguh kaki aku). Kalau ikut Highway PLUS dalam 2 jam je dah boleh sampai rumah. Tapi mengapa aku tetap memilih Highway LEKAS ? (boleh baca diari-diari aku sebelum ini).. 🙂

Melarik Cahaya Di Kelepasan Waktu

Aku anggap sepanjang waktu cuti ini sebagai suatu kejayaan dan perkembangan yang baik bagi kehidupanku. Alhamdulillah, perkara ini aku taknak cerita (biar ia tersimpan untuk diri aku sendiri). Dalam hal kerja pula (freelance), minggu nie aku memang kerja “gila-gila” punya. Pukul 8 pagi aku dah start kerja sampailah pukul 1-2 pagi esoknya baru tidur semula.. haha 🙂

Dalam masa terdekat ini, InsyaAllah, aku akan release kan satu ROADMAP bagi laman web Hartanah.my dan Viral.my di laman web masing-masing. Roadmap ini bertujuan untuk menjelaskan kepada pengguna rangka pelan yang sedang dirancang dan dibangunkan oleh diriku (terutamanya fungsi-fungsi baru yang bakal diperkenalkan). Ini merupakan salah satu kebiasaan dan tanggungjawab bagi syarikat-syarikat IT untuk melakukannya. (supaya pengguna jelas, apa yang sedang diusahakan oleh developer)..

Alhamdulillah, laman web ini mengenalkan aku dengan kelompok-kelompok yang baru dalam hidupku. Aku dapat mengenali ramai orang terutama yang terlibat di dalam industri hartanah. Agensi, perunding, dan juga peguam. Maklum balas yang aku terima sangat-sangat terkesan.

Aku teringatkan kata-kata Jack Ma. Katanya, semasa awal-awal penubuhan laman web Alibaba.com, ramai yang against idea-idea yang telah dikemukakan olehnya (termasuklah kawan-kawan dia). Tapi dia percaya dengan apa yang dia lakukan. Pada awalnya, dia tidak dapat menjana sebarang income, (kerana memberi servis secara percuma), tetapi kata-kata ucapan terima kasih yang datang daripada pengguna laman webnya, membuatkan dia bersemangat untuk meneruskannya. Sekarang nie, siapa dia ?

Aku memang peminat kata-kata inspirasi yang datang daripada dia (selalu tengok video dia kat youtube). Kata-katanya adalah berdasarkan pengalaman yang pernah dirasai oleh dirinya sendiri. Jadi lepas nie, aku ke yang bakal menjadi billionaire ? Haha.. 🙂 . Mungkin susah sikitlah, tapi jutawan tue tak mustahil lah.. 🙂 . Jalan dan pintunya ada, cuma masih belum buka pintu yang betul jer lagi… Haha.. 🙂

Pertemuan Dan Perpisahan

Akhir-akhir ini aku banyak berfikir (termenung bersendirian). Bila aku flash back kejadian-kejadian yang terjadi kepadaku sebelum ini. Orang-orang yang aku jumpa dan bertemu nie sebenarnya telah banyak mengubah hidupku kepada perkara yang lebih baik. Walaupun pada mulanya sukar untuk menerimanya, tapi beberapa hari nie aku rasa seperti ada sesuatu yang dah terlerai dari dalam hatiku..

https://www.instagram.com/p/Byoq8boF0K8/?utm_source=ig_web_copy_link

Walaupun kehadiran semuanya umpama angin lalu sahaja (sebentar dan seketika), tapi ia telah memberikan kesan yang lain dalam hidupku (turning point). Tulus dari hati ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada orang-orang yang pernah hadir dalam hidupku dalam jangka masa setahun ini (yang pernah ku lihat akan wajahnya, pernah ku berkata-kata dengannya, dan yang pernah ku fikir akan tentang dirinya)..Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada cerita diari hati ini.. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
14 Jun 2019 11:12 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 108 : Kiasan Kata Sarkastik..
Next Post Diari 110 : Permata Hati Yang Tersembunyi..