Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 84 : Ingin Jadi Seperti Itu..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari ini macam-macam jadi (tak mau ceritalah) ?. Tapi tak mengapalah, at least aku dapat tambah pengalaman hidup (walaupun aku tak naratifkan ia di dalam diari ini, tetapi ia akan tetap tertulis di dalam diari hatiku ini). Aku tak tahulah, kenapalah dalam hidup aku nie selalu sangat jumpa perempuan-perempuan yang perangai macam nie (aku pun hairanlah).. Aishh..Tapi takperlah, aku nak cerita perkara lain lah.. ? .

Tadi ibu berkata kepadaku, “Ahad nie Erol kerja ke ? Mak dah fikir-fikir balik, mak nak pergi Negeri Sembilan lah”. Aku jawab, “boleh takde masalah, nanti mak boleh lah rehat kat sana, tapi pergi petang esok lah, lepas erol balik kerja”. Kiranya, lepas balik kerja esok (sekitar jam 6:30 petang), aku akan terus bertolak ke sana (Senawang) bersama ibu dan datuk ku.

Beeha pun ada kat sini sampai hari Ahad, boleh lah dia jaga keluarga (Ayah akan pulang daripada Perak) dan juga adik-adik ku yang lain. Beeha nie memang pandai memasak (tak boleh dinafikan), walaupun aku tak banyak makan, tapi ada kemahiran lah untuk merasai masakan seseorang itu, sedap ataupun tidak (ini bukan perasan ye) ? dan aku harap, bakal isteri ku juga pandai memasak (walaupun tak sedap, abang akan tetap cakap sedap).. Haha ✌ .

Aku baru perasan satu perkara, daripada aku kecil sampailah sekarang, ayah tak pernah cakap “tak sedap” bila menikmati masakan ibu dan ketika waktu kecilku dahulu, bila kitaorang makan kat luar,aku perasan ayah akan makan lebihan makanan ibu yang tak habis (sweet kan) ? .Aku pun nak buat macam tue juga lah (minum dari bekas bibir isteriku).. Haha.. ??

Aku ada sebuah rumah di Senawang, Negeri Sembilan (hadiah daripada Ayah). Rumah inilah ibuku akan tinggal nanti (bercuti). Aku tiada niat untuk tinggal disana (pada masa depan sekalipun). Aku nak habiskan seluruh hidupku disini (tempat asalku). Tapi, aku dah kata kepada adik-adik perempuanku, rumah itu adalah untuk mereka (sekiranya terjadi sesuatu kepada mereka suatu masa nanti). Orang lelaki, tinggal di tepi jalan tak mengapa lagi (tiada orang kisah pun). Tapi orang perempuan nie kena ada tempat berlindung untuk mereka..

Freelance

Sebentar tadi, aku baru sahaja selesai menaik-taraf web security system. Aku dapati ada serangan (brute-forced attack) ke atas “web login system”. Aku tak tau lah siapa punya kerja. Patut lah rasa website semakin perlahan bila nak access (baru terfikir nak upgrade server), rupanya ada robot yang buat kerja-kerja haram di dalam website aku.. ??

Okaylah ye, aku nak rehatlah. Tadi macam-macam hal jadi kat web (risau jangan cakaplah).. Cuak gile.. ? . Alhamdulillah semuanya dah selesai.. Aku nak berangan jap.. then lepas tue terus tidur.. Haha.. ?

Bagi sesiapa yang berkeinginan untuk memiliki web perniagaan boleh lah contact aku ye di klikdesigner@gmail.com atau whatsapp di 019-2092006 (one-time fee). Domain, email, hosting, dan perkhidmatan lepas jualan (aku akan handle secara percuma) tetapi ada terma dan syarat ye.. 🙂 …

Khairul Azahar Sharriffuddin
19 April 2019 11:27 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 83 : Malam Terakhir..
Next Post Diari 85 : Kisah Hati Yang Tiada Penghujungnya..